Isu pelarian Myanmar: Kerajaan mahu penyelesaian tuntas

September 30, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan memastikan isu pelarian Myanmar ditangani secara menyeluruh dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia terus menjadi keutamaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pendekatan kerajaan bukan sekadar melibatkan aspek penguatkuasaan, malah turut merangkumi penyelarasan antara agensi serta kerjasama dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu berkenaan.

Beliau berkata, antara langkah yang dipersetujui menerusi rundingan bersama Myanmar ialah penghantaran pulang pelarian secara sukarela dan berperingkat.

“Hasil rundingan bersama Myanmar, seramai 5,000 pelarian akan dihantar pulang secara sukarela dan berperingkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, fasa pertama proses itu bermula hari ini membabitkan 1,476 pelarian selepas mereka melalui proses dan mekanisme yang dipersetujui kedua-dua negara.

Beliau turut mengakui isu pelarian Myanmar bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlarutan selama puluhan tahun dan memberi tekanan kepada Malaysia dari aspek keselamatan, sosial serta pengurusan.

“Isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya legasi puluhan tahun yang telah memberikan tekanan kepada negara dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan.

“Insya-Allah, saya akan memastikan isu ini ditangani secara tuntas, dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan, serta pelaksanaannya berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan,” katanya.

Perkembangan itu hadir ketika Malaysia terus berdepan cabaran menguruskan isu pelarian dan migran dari Myanmar, termasuk keperluan memastikan aspek keselamatan negara tidak terjejas serta kebajikan golongan yang terlibat tetap diberi perhatian.

Kerajaan sebelum ini mengambil pendekatan lebih tersusun menerusi kerjasama antara agensi dan rundingan dengan negara asal dalam usaha menangani isu berkenaan.

Langkah penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat dilihat menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan mencari penyelesaian terhadap isu pelarian Myanmar tanpa mengabaikan aspek kemanusiaan serta kepentingan nasional.

Berita berkaitan
Belanjawan 2027: Kementerian Komunikasi kemuka lebih 20 inisiatif
18 jam lalu· Isu semasa
ASM3 pecah rekod 7 tahun, tatakelola jadi kunci: PMX
18 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
20 jam lalu· Isu semasa
Jenazah Dr Hasmah disemadi bersebelahan pusara Datin Seri Endon
September 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi Malaysia terus kukuh, S&P kekal penarafan A-
September 30, 2026 · Isu semasa
Dr Mahathir masuk IJN untuk pemantauan: Bernama
September 30, 2026 · Isu semasa
Skandal pindah milik tanah: Bekas Pengarah Besar FELDA didakwa tipu Lembaga Pengarah
September 30, 2026 · Isu semasa
Guan Eng cadang pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum
September 30, 2026 · Isu semasa
SPRM tahan bekas pegawai dalam skandal UiTM Holdings: Laporan
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok