 
						Isu sajian arak dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Dewan Ulama PAS mengecam kenyataan Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng berhubung isu pengharaman arak dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang didakwa bukan sahaja bersifat sinis malah menghina Islam sebagai agama Persekutuan.
Ketua Penerangannya, Mohd Nor Hamzah, membidas kenyataan Lip Eng yang mencadangkan PAS menubuhkan syarikat penerbangan sendiri ekoran gesaan berulang parti itu terhadap larangan arak dalam pesawat MAS.
Beliau menegaskan bahawa cadangan itu satu penghinaan terhadap kedudukan Islam di negara ini.
“MAS dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd dan mewakili imej rasmi negara.
“ Oleh itu, penyajian arak di bawah jenama milik kerajaan adalah bercanggah dengan prinsip Islam, serta tidak menghormati sensitiviti majoriti rakyat Muslim,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohd Nor menambah, larangan arak merupakan satu dasar moral sejagat yang diiktiraf oleh semua agama besar dunia dan bukannya satu paksaan terhadap penganut bukan Islam.
Dewan Ulama PAS sekali lagi menggesa Kementerian Pengangkutan dan Khazanah Nasional agar menghentikan serta-merta penyajian arak dalam semua penerbangan MAS.
Selain isu arak, sayap ulama PAS itu turut mengulangi seruan mereka supaya kerajaan membenarkan semua kru kabin Muslim menutup aurat dengan sempurna, bertepatan dengan hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai membidas kenyataan Lip Eng di Dewan Rakyat pada Rabu lalu yang mempertahankan penjualan arak dalam pesawat MAS dengan alasan ia adalah hak individu yang diberikan kepada bukan Islam.
 ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti
ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina PMX
AMK Selangor desak tindakan tegas terhadap Papagomo hina PMX Dihalang masuk Sabah, Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji
Dihalang masuk Sabah, Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji Kes saman fitnah: Dr Mahathir nafi jadi diktator selama 22 tahun jadi PM
Kes saman fitnah: Dr Mahathir nafi jadi diktator selama 22 tahun jadi PM Kes Zara Qairina: Shafie berdepan tindakan menghina mahkamah, AGC dapat kebenaran
Kes Zara Qairina: Shafie berdepan tindakan menghina mahkamah, AGC dapat kebenaran [VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah [VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa