Guan Eng tak puas hati larangan arak di dewan sekolah Cina, anggap langgar tradisi

October 24, 2025 · Politik

Isu larangan menghidangkan arak di dewan sekolah vernakular Cina yang dibangkitkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan komuniti Cina.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, berkata amalan menghidangkan minuman keras dalam majlis-majlis komuniti di dewan berkenaan telah berlangsung tanpa gangguan sejak merdeka lagi.

Beliau mengingatkan amalan tersebut, seperti dalam majlis perkahwinan, jamuan kuil, atau acara hiburan yang tiada kaitan dengan waktu persekolahan, merupakan sebahagian daripada adat yang telah lama diamalkan.

“Komuniti Cina tidak bersetuju dengan larangan ini, walaupun alasan diberikan kononnya untuk menegaskan sekolah sebagai tempat pendidikan,” katanya dalam kenyataan media.

Ahli Parlimen Bagan itu turut mempersoalkan mengapa Anwar tiba-tiba ‘menari mengikut rentak golongan ekstremis’ dengan campur tangan dalam amalan tradisi yang tidak pernah menimbulkan masalah sebelum ini.

“Bilangan kes rogol, sodomi atau penderaan seksual di sekolah Cina adalah sangat rendah berbanding jenis sekolah lain. Ini membuktikan tiada kaitan antara hidangan arak dalam majlis komuniti dengan isu disiplin pelajar,” tegasnya.

Beliau turut membangkitkan kebimbangan komuniti Cina sekiranya larangan ini menjadi batu loncatan kepada sekatan lain.

“Adakah sasaran seterusnya ialah daging babi? Ini soalan yang perlu dijawab,” ujarnya.

Dalam pada itu, Guan Eng juga memaklumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, telah mengambil inisiatif untuk berunding dengan Perdana Menteri bagi mencari penyelesaian.

“Kami berharap dapat mencapai kata sepakat yang membolehkan masyarakat Cina meneruskan amalan tradisi mereka, seperti janji parti sebelum ini dalam isu matrikulasi dan kemasukan universiti,” tambahnya.

Anwar semalam menegaskan bahawa sebarang aktiviti membabitkan arak tidak boleh diadakan di dewan sekolah kerana ia melanggar konsep pendidikan negara.

Berita berkaitan
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
12 jam lalu· Isu semasa
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
August 22, 2026· Isu semasa
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026· Isu semasa
Sultan Brunei kurnia Darjah Kerabat kepada Anwar
August 22, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
11 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
13 jam lalu · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
13 jam lalu · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok