Jangan ambil mudah soal keselamatan negara: Anwar

March 25, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memandang ringan isu keselamatan negara ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, khususnya konflik berpanjangan di Asia Barat.

Perdana Menteri menegaskan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia perlu sentiasa bersiap siaga dan tidak leka dengan keadaan aman dalam negara.

“Percayalah, jangan anggap ringan dan enteng isu keselamatan negara. Kesalahan paling besar sesebuah negara adalah apabila terlalu selesa sehingga wujud ‘budaya kepuasan’ yang membawa kepada kecuaian dalam menjamin keamanan,” katanya sempena sambutan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, perkembangan global menunjukkan tanda-tanda keterdesakan yang boleh memberi tempias kepada negara, justeru tahap kesiapsiagaan perlu dipertingkatkan.

Beliau turut mengarahkan Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail mengadakan perbincangan bersama kepimpinan PDRM bagi merangka strategi baharu demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

Padamasa sama, kerajaan telah mengadakan mesyuarat khas melibatkan Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara untuk memantau kesan ketegangan global terhadap aspek keselamatan dan ekonomi negara.

Malaysia, katanya, kekal sebagai negara yang aman dan sedang pesat membangun, namun keadaan itu juga boleh mengundang perhatian pihak luar.

“Ia memberi keselesaan kepada rakyat, tetapi dalam masa sama menimbulkan keresahan kepada pesaing atau musuh. Sebab itu kita mesti terus berwaspada,” ujar beliau.

Mengulas kebajikan anggota polis, Anwar memberi jaminan bahawa kerajaan akan mempercepat usaha menaik taraf perumahan dan fasiliti yang daif, selain meningkatkan peruntukan bagi kemudahan pasukan keselamatan.

Beliau turut menekankan kepentingan integriti dalam pengurusan peruntukan tersebut serta mengarahkan penambahbaikan program latihan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam bagi meningkatkan profesionalisme anggota PDRM dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

Berita berkaitan
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
13 jam lalu· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
15 jam lalu· Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
June 23, 2026· Politik
Ancaman dadah sintetik kian meruncing, fentanyl juga dikesan dalam vape
June 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
15 jam lalu · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
16 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
16 jam lalu · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
16 jam lalu · Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok