Peguam Negara, Mohd. Dusuki Mokhtar.
Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dilantik mengetuai jawatankuasa khas bagi menyiasat isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, jawatankuasa itu turut dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican.
Beliau berkata siasatan akan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.
“Jawatankuasa ini akan melaksanakan siasatan terperinci dan hasilnya akan dibentangkan kepada Anwar Ibrahim serta pihak berkuasa tatatertib untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan rasmi.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan pembentukan jawatankuasa itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Langkah tersebut dibuat susulan dakwaan serta persoalan berbangkit berkaitan pemilikan saham oleh Azam yang mendapat perhatian umum.
Azam dalam maklum balasnya menegaskan bersedia disiasat oleh mana-mana badan bebas.
“Saya terbuka untuk siasatan dan yakin proses ini akan menjelaskan keadaan sebenar,” katanya.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan tiada keperluan untuk merehatkan Azam sepanjang siasatan berlangsung.
Terpedaya peraduan gores dan menang, lelaki rugi RM2,470
Dewan Rakyat lulus peruntukan JPM, tujuh kementerian
Bantuan RM1,000: Lebih 15,000 pemandu teksi, kereta sewa layak terima
MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak
Bekas jurufoto Utusan berdepan masalah kesihatan terima bantuan Tabung Kasih Hawana
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum