Minit rahsia dedah bantahan AG, menteri terhadap tahanan rumah Najib: Bernama

November 18, 2026 · Politik

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib Razak, menurut minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang dinyahklasifikasikan.

Beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat itu dikongsi oleh bekas anggota parlimen DAP Tony Pua menerusi akaun Facebooknya, yang antara lain merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara tersebut.

Menurut minit berkenaan, Mohd Dusuki berpendapat bahawa bekas perdana menteri itu perlu menjalani hukuman banduan sehingga 2028 sebagaimana pandangan sebelum ini.

Hukuman tahanan rumah tidak terdapat dalam undang-undang dan merupakan suatu perkara yang asing dan bukan dalam sistem negara kita sebagaimana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke, sebelum ini.

Beliau menyatakan bahawa keputusan itu akan memberi kesan kepada Kerajaan khususnya kestabilan politik, ekonomi, pelaburan dan imej negara di peringkat antarabangsa.

Menurut minit mesyuarat itu, Hannah menyatakan bahawa pandangan beliau sama seperti pandangan Mohd Dusuki dan juga dalam mesyuarat sebelum ini.

Mohd Dusuki dan Hannah juga tidak memberi apa-apa komen terhadap draf Perintah Pengampunan Bersyarat dan syarat-syarat yang dicadangkan memandangkan mereka tidak bersetuju dengan pengampunan bersyarat itu.

Namun, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Harmindar Singh Dhaliwal dan bekas Ketua Polis Negara Razarudin Husain bersetuju dengan syarat-syarat tanpa sebarang komen.

Pada 6 Nov lepas, Najib, 73, selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi.

Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Sept, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.

Pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan menerusi mesyuarat ke-61 memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan serta hukuman itu pada Disember 2021 dan keputusan tersebut turut dikekalkan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir Najib pada 23 Ogos 2022.

Pada hari yang sama, Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Pada 10 Nov lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di Kuala Lumpur, yang berkuat kuasa serta-merta.

Hakim Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda RM50 juta dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi pada 6 Nov terhadap Najib. – Bernama

Berita berkaitan
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu· Politik
Aktivis anak muda akan turun berhimpun, mahu tahanan rumah Najib digantung
November 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
22 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
22 jam lalu · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok