JPA larang penjawat awam terlibat aktiviti dalam surat edaran

July 24, 2025 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Awam mengeluarkan satu surat edaran berhubung larangan penjawat awam terlibat dalam aktiviti politik serta mengekalkan kedudukan berkecuali dalam mana-mana parti.

Dalam surat edaran yang dilaporkan media ditandatangani Ketua Pengarah JPA, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz itu berkata larangan itu termasuk
tidak memakai lambang, memegang jawatan politik atau menjalankan kempen, kecuali dengan kebenaran dalam kes tertentu.

“Perkhidmatan awam sepatutnya bersifat profesional, adil dan tidak berpihak selaras dengan prinsip ‘neutrality’ (berkecuali) dan ‘impartiality’ (kesaksamaan) untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam menjadi tulang belakang dalam pentadbiran negara,” katanya dalam surat bertarikh 23 Julai 2025.

Justeru, penjawat awam diingatkan sebarang pelanggaran terhadap tatakelakuan boleh dikenakan tindakan tatatertib bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Ia termasuklah pegawai terbabit boleh dikenakan hukuman amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja – bergantung pada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Selain larangan dalam aktiviti politik, surat itu turut menggariskan tuntutan terhadap penjawat awam supaya menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, kepada Malaysia sebagai negara berdaulat, serta kepada kerajaan.

Dalam surat edaran itu juga, penjawat awam dituntut bertugas dengan jujur, cekap, bertanggungjawab, mematuhi arahan serta mengelakkan sebarang salah laku.

Mereka juga diingatkan agar tidak terjebak dalam penyalahgunaan kuasa, konflik kepentingan dan tindakan yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam.

“Semua pegawai awam telah menandatangani Surat Aku Janji sebagaimana diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

“Aku janji ini adalah satu komitmen bertulis oleh pegawai awam untuk mematuhi peraturan dan arahan kerajaan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka,” menurut surat berkenaan.

Surat sama turut mengingatkan penjawat awam bahawa mereka dilarang membuat pernyataan awam tanpa kebenaran.

Mereka tidak dibenarkan membuat kenyataan awam seperti menyebarkan maklumat palsu, berunsur fitnah, provokasi atau tidak disahkan kebenarannya, menerbitkan artikel atau menyebarkan maklumat secara lisan atau bertulis, termasuk dalam media sosial.

Larangan membuat pernyataan awam itu termasuk hal berkaitan dengan dasar kerajaan, maklumat dalaman jabatan atau isu yang boleh menimbulkan keraguan atau persepsi negatif terhadap kewibawaan perkhidmatan awam.

“Sebarang kenyataan awam yang positif hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada menteri,” menurut surat edaran itu lagi.

Ahad lalu, media melaporkan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai himpunan anjuran pembangkang yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Shamsul Azri dipetik berkata, penjawat awam perlu patuh dengan ikrar yang termaktub dalam Rukun Negara.

Berita berkaitan
Rakyat ada hak berhimpun, PKR tak bincang tindakan terhadap Rafizi: Fahmi
February 16, 2026· Politik
Himpunan Tangkap Azam Baki berakhir dengan aman: Polis KL
February 15, 2026· Isu semasa
Isu pemecatan Bersatu: Muhyiddin dakwa ada sabotaj dalaman
February 14, 2026· Politik
PKR paling bersedia hadapi PRU-16 berbanding parti lain: Anwar
February 13, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
2 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
2 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
2 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok