JPJ wajibkan pemandu dan penumpang bas pakai tali pinggang bermula Selasa ini

June 29, 2025 · Isu semasa

Berkuat kuasa Selasa ini, semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata, penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020.

“Bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali pinggang keledar,” ujar beliau pada sidang media selepas Perhimpunan Setia JPJ Malaysia, di Kota Bharu, Kelantan.

Memetik laporan BH Online, Aedy Fadly berkata, pemandu perlu memastikan kesemua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak dan mereka yang ingkar akan dikenakan saman RM300.

“Sebelum ini kita mengambil pendekatan advokasi, namun bermula 1 Julai ini kita akan melaksanakan secara tegas.

“Sekiranya pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang berkenaan, bukan hanya penumpang yang akan disaman sebalik pemandu dan syarikat pengendali bas turut dikenakan saman,” katanya.

Berita berkaitan
Calon DAP mohon maaf, sedia bayar saman tak pakai topi keledar
July 10, 2026· Politik
Kes tular pemandu bas riba kekasih: Pasangan dipenjara, didenda RM5,000
April 17, 2026· Isu semasa
Pemandu mabuk rempuh penunggang motosikal didakwa di mahkamah pagi ini
April 1, 2026· Isu semasa
Larangan lori guna jalan raya selama empat hari sempena Aidilfitri
March 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
11 jam lalu · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok