Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke menegaskan tindakan menggantung perkhidmatan My E.G. Sdn Bhd (MYEG) dan Zetrix AI Berhad sebagai ejen pemungut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik.
Menurut Loke, keputusan itu dibuat berdasarkan fakta dan kewajipan syarikat terbabit terhadap kerajaan, termasuk isu tunggakan bayaran yang perlu diselesaikan.
Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak memilih syarikat atau ejen berdasarkan hubungan politik, sebaliknya semua pihak dilayan secara sama rata.
“Saya tidak mahu mengaitkan dengan mana-mana parti politik atau apa-apa. Peranan saya di sini adalah untuk melayan setiap syarikat, setiap ejen secara sama rata. Mereka berkaitan dengan pihak mana sekalipun, itu tidak relevan kepada saya,” katanya pada sidang media.
Loke berkata, tindakan terhadap MYEG perlu dilihat dari sudut tanggungjawab syarikat memenuhi obligasi kepada kerajaan dan bukannya dikaitkan dengan kepentingan politik.
Beliau turut mengulas kritikan di media sosial yang mendesaknya meletakkan jawatan susulan penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI.
Loke menyifatkan tuntutan itu sebagai tidak munasabah kerana tindakan penguatkuasaan dibuat terhadap syarikat yang mempunyai kewajipan kepada kerajaan, bukannya terhadap kementerian atau menteri.
“Dalam media sosial pula, apabila tindakan diambil, saya pun hairan. Tiba-tiba ada yang minta saya letak jawatan pula. Yang tidak membayar ialah syarikat. Yang diminta untuk diambil tindakan ialah menteri. Apa logiknya ini?” katanya.
MYEG dan Zetrix AI sebelum ini berperanan sebagai ejen pemungut JPJ bagi menyediakan perkhidmatan tertentu kepada orang ramai.
Penggantungan berkenaan mencetuskan perhatian susulan persoalan mengenai hubungan syarikat terbabit dengan pihak politik serta implikasi tindakan itu terhadap perkhidmatan berkaitan JPJ.
Penjelasan Loke menegaskan keputusan tersebut dibuat atas pertimbangan pentadbiran dan pematuhan terhadap kewajipan kepada kerajaan, tanpa mengambil kira hubungan atau kecenderungan politik mana-mana pihak.
Penggantungan PN kekal, mahkamah dengar semakan 22 Oktober
Isu 47 Kes Zahid: Azalina jawab kritikan Rayer, kuasa pendakwaan terletak pada AG
Syed Saddiq kekal rekod hadir penuh Parlimen, tidak pernah ponteng
Rayer hargai kelulusan RM5 juta bina masjid di Jelutong
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum