Kes scam..
Seorang jurutera berusia 28 tahun mengalami kerugian sebanyak RM27,580 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan khidmat seks dalam talian dalam kejadian di Bangsar, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Hoo Chang Hook, kejadian bermula kira-kira jam 8.22 pagi ketika mangsa melayari aplikasi TikTok di rumahnya sebelum menemui satu pautan yang membawa kepada nombor WhatsApp menawarkan pakej seks.
“Mangsa yang berminat kemudian membuat pembayaran secara berperingkat sehingga 22 transaksi ke enam akaun berbeza,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, selepas semua bayaran dibuat, mangsa diminta membuat bayaran tambahan dengan alasan tertentu.
Namun, keadaan itu mula menimbulkan rasa curiga.
“Setiap kali mangsa cuba membatalkan tempahan, dia dikenakan caj tambahan. Malah, mangsa turut diugut kononnya maklumatnya akan disebarkan di media sosial jika tidak mengikut arahan, menyebabkan dia terus membuat bayaran,” jelasnya.
Mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis pada Sabtu selepas menyedari dirinya ditipu.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Hoo turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran dalam talian, khususnya yang melibatkan aktiviti tidak sah.
“Terdapat beberapa kes menggunakan modus operandi sama. Orang ramai dinasihatkan agar tidak berurusan dengan mana-mana pihak yang menawarkan khidmat seks kerana ia berisiko tinggi menjadi mangsa penipuan,” katanya.
Beliau menambah, individu yang melanggan khidmat seks juga boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
Utusan Malaysia, Kosmo! rombak operasi, hampir 100 pekerja bercuti berbayar
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum