Kapal tangki kedua Malaysia dijangka tiba hujung minggu ini.
Enam kapal Malaysia kini terkandas di Selat Hormuz susulan tindakan Amerika Syarikat yang mengepung laluan perairan strategik itu, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan tenaga global.
Menteri Luar Mohamad Hasan, berkata kapal-kapal berkenaan tidak dapat bergerak akibat situasi semasa yang semakin tegang susulan tindakan tentera Amerika Syarikat mengepung laluan perdagangan utama itu.
“Kapal masih ada di sana dan tidak boleh bergerak. Bukan sahaja kapal kita, semua kapal turut terjejas,” katanya ketika ditemui di Universiti Teknologi Mara Kampus Rembau hari ini.
Beliau menggesa Washington supaya menilai semula tindakan tersebut dan kembali ke meja rundingan.
Menurutnya, sekatan itu berisiko memburukkan lagi krisis bekalan tenaga dunia serta memberi kesan kepada rantaian ekonomi global termasuk sektor pertanian.
“Kita minta pihak AS memikirkan semula tindakan ini kerana ia hanya memburukkan keadaan bekalan tenaga seluruh dunia,” katanya.
Pada masa sama, beliau mempersoalkan pendirian AS yang dilihat bercanggah dengan gesaan terdahulu untuk membuka laluan tersebut.
“Saya tidak faham tujuan mereka menggunakan istilah ‘mengepung’. Sebelum ini mereka yang mengajak negara Eropah membuka laluan, tetapi sekarang mereka pula mengambil langkah sebaliknya,” katanya.
Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak dunia, dengan hampir satu perlima bekalan global melalui kawasan itu setiap hari.
Sebarang gangguan di situ lazimnya memberi impak besar kepada harga minyak dan kestabilan ekonomi antarabangsa.
Menurut Mohamad, Iran sebelum ini telah menyatakan persetujuan untuk membuka laluan tersebut dengan beberapa syarat dalam rundingan di Islamabad, namun pelaksanaannya masih bergantung kepada persetujuan AS.
Beliau turut mengingatkan agar konflik ini tidak menjadikan dunia sebagai mangsa.
“Kita tidak mahu dunia menjadi ‘tebusan’ kepada konflik yang tidak membawa manfaat. Semua pihak perlu bertindak demi kesejahteraan global,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Presiden AS, Donald Trump mengarahkan Tentera Laut negara itu mengepung selat berkenaan selepas rundingan dengan Iran menemui jalan buntu.
Kerajaan cari jalan bantu syarikat media bertahan: Fahmi
Gagal tangani akaun palsu kerabat diraja, kerajaan teliti tindakan terhadap Meta: Fahmi
Fahmi santuni bekas Ketua Pengarang Melaka Hari Ini, serah sumbangan HAWANA
Transformasi AI dan digital perlu sampai ke kampung: PMX
Quranic Madani akan diperluas, sambutan orang ramai luar biasa: Menteri Agama
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan