Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat (KIS) sempena Bulan Kebangsaan di FELDA Umas, Kalabakan.
Lebih 500 penduduk Kalabakan dan kawasan sekitar menyertai Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat (KIS) sempena Bulan Kebangsaan di FELDA Umas, hari ini.
Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan Internet secara selamat, bertanggungjawab dan berhemah.
Pendekatan kali ini dibuat secara santai dan dekat dengan komuniti menerusi pelbagai aktiviti termasuk Merdeka Fun Run, Pertandingan Busana Citra Malaysia dan Sukaneka Rakyat.
MCMC dalam kenyataan berkata pendekatan berkenaan membolehkan mesej keselamatan digital disampaikan dalam suasana lebih mesra serta mudah difahami masyarakat setempat.
“Kempen ini bukan sekadar memberi kesedaran mengenai teknologi, tetapi membantu masyarakat melindungi maklumat peribadi, simpanan dan kesejahteraan keluarga daripada ancaman jenayah siber,” menurut kenyataan itu.
Karnival berkenaan disempurnakan Ahli Parlimen Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy.
Antara perkara yang menjadi perhatian ialah ancaman penipuan dalam talian, termasuk scam kewangan dan penyamaran identiti.
Bank Negara Malaysia (BNM) turut berkongsi maklumat mengenai taktik penipuan serta langkah yang boleh diambil orang ramai bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa.
Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Tabung Haji dan Sains Xplor turut mengambil bahagian dengan menyediakan maklumat serta khidmat nasihat kepada komuniti.
KIS dilancarkan pada Januari 2025 sebagai usaha berterusan memperkukuh kesedaran dan pendidikan keselamatan digital dalam kalangan masyarakat.
Di Sabah sahaja, kempen itu sudah menjangkau lebih 148,300 peserta menerusi pelbagai program advokasi dan pendidikan digital.
MCMC berkata pelaksanaan kempen di Kalabakan turut menunjukkan komitmen memperluas pendidikan keselamatan Internet hingga ke peringkat akar umbi, khususnya komuniti luar bandar.
Dalam era ekonomi digital, keupayaan menggunakan teknologi dengan selamat semakin penting bagi memastikan masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan, penyamaran identiti serta pelbagai ancaman siber.
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
Anwar, Abang Johari dan Hajiji bincang persiapan MA63
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri