KDN minta Dr. Maza serah bukti dakwaan kultus Korea

December 11, 2025 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tampil menyerahkan maklumat lengkap berhubung dakwaan kewujudan gerakan kultus dari Korea yang didakwa menggunakan nama Jesus dan aktif bergerak di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak berkuasa perlu mendapatkan gambaran jelas sebelum sebarang tindakan siasatan dapat digerakkan.

“Kalau beliau ada maklumat seperti yang disebut, lebih baik beliau tampil supaya kita boleh uruskan mengikut jalur undang-undang,” katanya pada sidang media selepas Himpunan Bulanan KDN hari ini.

Saifuddin menambah bahawa individu yang membuat dakwaan mempunyai “tanggungjawab untuk memberikan maklumat kepada polis”.

Beliau mengulas pendedahan Mohd Asri yang sebelum ini mendakwa wujud satu gerakan kultus dari Korea yang membawa ajaran janggal serta menyimpang, selain didakwa cuba mempengaruhi beberapa individu penting dalam Parlimen.

Menurut laporan, taklimat mengenai gerakan tersebut turut dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, dan Mohd Asri mempersoalkan penglibatan beberapa Ahli Parlimen muslim yang didakwa hadir dalam program kumpulan berkenaan.

Saifuddin turut menegaskan kumpulan itu tidak diiktiraf oleh mana-mana aliran Kristian arus perdana.

“Rakan-rakan dari komuniti Kristian sendiri tidak mengiktiraf kelompok ini,” katanya.

Beliau berkata KDN bersedia meneliti sebarang maklumat tambahan yang dikemukakan agar siasatan dapat dijalankan dengan tuntas.

Berita berkaitan
Polis utamakan siasat dakwaan komplot jatuhkan kerajaan: Saifuddin Nasution
March 1, 2026· Politik
Tiada RCI buat masa ini isu dokumen pemain naturalisasi: Saifuddin Nasution
February 24, 2026· Isu semasa
Kerajaan tak sekat dakwah agama, tapi perlu ikut peraturan Anwar
February 19, 2026· Isu semasa
Kemukakan bukti dahulu terhadap tuduhan melibatkan Azam Baki: Saifuddin Nasution
February 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Suami pelakon dituduh di mahkamah tipu urusan tanah dan gelaran
March 11, 2026 · Isu semasa
Ambil tindakan tegas juga terhadap pihak bertindak ganas: Akmal Saleh
March 11, 2026 · Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM3.92, ekonomi negara berdaya tahan
March 11, 2026 · Isu semasa
AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok