Kehilangan Pastor Koh: Mahkamah perintah ganti rugi RM30 juta disimpan di Amanah Raya

December 8, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan wang ganti rugi lebih RM30 juta yang perlu dibayar oleh Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes saman kehilangan paksa Pastor Raymond Koh, didepositkan ke dalam akaun Amanah Raya Berhad.

Perintah itu dikeluarkan selepas kedua-dua pihak bersetuju agar dana tersebut dipegang oleh pemegang amanah sehingga status atau keberadaan Koh dapat dipastikan.

Pada 5 November lalu, Hakim Su Tiang Joo telah memutuskan kerajaan dan PDRM bertanggungjawab atas kehilangan Koh yang diculik pada 13 Februari 2017.

“Amanah Raya dilantik sebagai pemegang amanah bagi Pastor Raymond Koh untuk memegang wang dan faedahnya sehingga keberadaannya dapat dipastikan,” jelas peguam Jerald Gomez yang mewakili plaintif.

“Pemilihan Amanah Raya antara lain kerana cajnya yang rendah dan ada jaminan bertulis untuk memulangkan wang kepada kerajaan sekiranya keputusan mahkamah ini diubah pada peringkat rayuan,” tambahnya.

Sehingga kini, kerajaan didapati belum membayar ganti rugi berjumlah kira-kira RM32.2 juta itu.

Jumlah tersebut merangkumi ganti rugi am sebanyak RM10,000 sehari bermula tarikh kehilangan Koh, ganti rugi teruk dan teladan masing-masing RM1 juta atas penindasan bukti dan tindakan tidak berperlembagaan, serta RM2 juta kepada isteri Koh, Susanna Liew, atas kesengsaraan dan tekanan mental.

Dalam penghakiman sebelumnya, mahkamah mendapati satu atau lebih pegawai polis terlibat dalam penculikan itu dan bertindak mengikut ‘satu arahan’.

Koh dilaporkan hilang selepas diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Petaling Jaya pada 13 Februari 2017 dan kini sudah menghilang selama 3,188 hari.

Mahkamah juga mengarahkan PDRM menyiasat semula kes ini berdasarkan dapatan Pasukan Petugas Khas dan menyerahkan laporan kepada Jabatan Peguam Negara setiap dua bulan.

Selain itu, Ketua Polis Negara diarahkan menggantikan empat pegawai polis yang terlibat dalam siasatan awal dengan pegawai lain yang tiada kaitan dengan kes tersebut.

Berita berkaitan
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
September 23, 2026· Politik
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
14 jam lalu· Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
22 jam lalu· Politik
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
September 23, 2026 · Isu semasa
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
22 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok