Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid

May 2, 2026 · Politik

Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh tiga sayap UMNO Negeri Sembilan berhubung Menteri Besar Aminuddin Harun, hanyalah pandangan masing-masing dan bukan pendirian rasmi parti.

Menurut Presiden UMNO itu, keputusan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan untuk terus bersama dalam Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan adalah keputusan parti yang perlu dihormati semua pihak.

“Isu ketidakpercayaan itu adalah pandangan mereka, namun kita yakin kedudukan ADUN BN dalam Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan adalah keputusan parti dan ia mesti dihormati,” katanya dipetik laporan media.

Kenyataan itu hadir ketika kemelut berkaitan adat di Negeri Sembilan semakin memuncak.

Sebelum ini, tular sepucuk surat arahan pengosongan kediaman rasmi serta Balai Undang Sungei Ujong di Ampangan, Seremban yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Surat berkenaan ditujukan kepada Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong, Klana Petra Mubarak Dohak, dan menyatakan keputusan itu dibuat selaras dengan hasil sidang khas Dewan Keadilan dan Undang serta Dewan Undangan Negeri pada 17 April lalu.

Susulan itu, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Negeri Sembilan dalam satu kenyataan bersama mengkritik tindakan tersebut sebagai tergesa-gesa dan mencerminkan kegagalan pengurusan krisis adat negeri secara bijaksana.

Mereka turut mendakwa situasi itu menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Aminuddin sejak isu berkenaan tercetus.

Negeri Sembilan yang terkenal dengan sistem adat Perpatih mempunyai struktur kepimpinan tradisional yang unik, melibatkan peranan Undang dan institusi adat dalam pentadbiran negeri.

Justeru, sebarang pertikaian berkaitan adat sering menjadi sensitif dan berpotensi memberi kesan kepada kestabilan politik tempatan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kemungkinan kerjasama BN dengan mana-mana gabungan politik menjelang Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Johor.

Berita berkaitan
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
9 jam lalu· Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
12 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
13 jam lalu· Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
12 jam lalu · Politik
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
12 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
14 jam lalu · Politik
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok