Keputusan mahkamah cetus persoalan nilai titah diraja, kata anak Najib

December 23, 2025 · Politik

Nazifuddin Najib menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan mahkamah semalam yang memutuskan Titah Adendum tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi tujuan tahanan rumah, sambil menyifatkannya membawa implikasi besar terhadap kedudukan titah serta dokumen diraja di negara ini.

Menurut anak Najib Razak itu, keputusan semalam seolah-olah menggambarkan sebarang titah atau dokumen diraja tidak mempunyai nilai tanpa melalui proses kerajaan.

“Ini bukan sekadar soal ayah saya. Ini soal makna yang lebih besar terhadap sistem yang selama ini kita junjung,” katanya dalam satu kenyataan peribadi yang dimuat naik di Facebook.

Nazifuddin berkata, hari keputusan itu diumumkan merupakan saat yang amat menyedihkan buat keluarganya, walaupun beliau menyedari ada pihak yang meraikannya.

“Saya kenal ayah saya. Bossku tidak akan mengalah dan akan terus berjuang. Tetapi sebagai seorang anak, saya tertanya-tanya, bilakah semua ini akan berakhir?” katanya.

Beliau turut menyentuh soal prinsip yang diperjuangkan UMNO sejak sekian lama berkaitan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

“Dalam sekelip mata, keputusan semalam seolah-olah meruntuhkan maruah dan kedudukan institusi tersebut. Mesejnya jelas, tanpa proses kerajaan, dokumen diraja tidak membawa nilai,” ujarnya.

Nazifuddin mempersoalkan mengapa perkara berkaitan isu proses tidak dijelaskan lebih awal.

“Mengapa kami perlu berulang-alik ke mahkamah selama ini jika akhirnya addendum itu dianggap tidak sah?” soalnya sambil menyatakan kepercayaannya Titah Adendum berkenaan adalah sah dan kuasa sebenar terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga membangkitkan persoalan mengenai konsistensi kerajaan dalam isu proses, termasuk kes-kes terdahulu.

“Di manakah konsistensi? Atau adakah ini semua satu pembohongan besar kepada rakyat?” katanya.

Mengulas mengenai Najib yang masih menjalani hukuman di Penjara Kajang, Nazifuddin mengingatkan bahawa ia bukan perkara baharu.

“Ini sudah masuk tahun keempat. Jika benar kehendak Tuanku yang terdahulu, maka penahanan ini adalah tidak adil,” katanya.

Beliau menutup kenyataannya dengan menyatakan keyakinan bahawa rakyat mampu menilai sendiri perkembangan politik semasa.

“Masa akan menentukan segalanya,” katanya.

Berita berkaitan
‘Pengampunan Najib tak jejas MADANI, khidmat sampai habis penggal’ – Bernama
September 24, 2026· Politik
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
8 jam lalu· Politik
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
14 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
September 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rais Yatim dijangka didakwa di Mahkamah Melaka esok: Laporan
September 24, 2026 · Politik
Pemuda PH Negeri Sembilan desak MB kemuka senarai Exco baharu
5 jam lalu · Politik
Wanita PKR gesa institusi raja tidak dijadikan medan politik
8 jam lalu · Politik
MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku
8 jam lalu · Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok