Kerajaan benarkan peniaga kecil guna LPG bersubsidi sementara: Armizan

June 5, 2025 · Isu semasa

Gas Petroleum Cecair (LPG) masih boleh digunakan kumpulan peniaga berskala mikro dan kecil untuk keperluan premis perniagaan sendiri, kata Armizan Mohd. Ali.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata kebenaran LPG tersebut dibuat sementara pindaan kepada peraturan berkaitan dilaksanakan dan tidak ada tindakan undang-undang diambil kepada golongan peniaga itu.

Katanya, Mesyuarat Kabinet hari ini meluluskan syor Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya dilaksanakan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 yang sebelum ini telah diluluskan oleh pentadbiran kerajaan lalu dan berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021.

“(Sementara tempoh pindaan) para peniaga mikro dan kecil makanan dan minuman dibenarkan untuk mendapatkan bekalan tong LPG bersubsidi tanpa keperluan permit barang kawalan berjadual,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini.

Menurut Armizan, PPKB (Pindaan) 2021 tersebut sebelum ini telah menetapkan sekatan had kepada peniaga bagi pemilikan dan penggunaan LPG melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa yang memerlukan kepada Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB).

Katanya, antara teras kepada pindaan yang akan dibuat adalah mengambil kira keperluan peniaga jualan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil secara bersasar.

“Ini termasuk mewujudkan kejelasan undang-undang (clarity of law) untuk memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaan,” katanya.

Armizan berkata, semakan dan pindaan kepada PPKB (Pindaan) 2021 ini akan diselaraskan Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN.

Katanya, ia turut melibatkan kementerian dan agensi berkaitan selain mendapatkan syor dan pandangan daripada pelbagaipemegang taruh.

Pada masa sama, kata beliau gerak kerja membanteras ketirisan yang melibatkan aktiviti haram decanting dan penggunaan oleh industri melalui Op Gasak akan diteruskan.

Katanya, aktiviti haram decanting ialah pemindahan daripada tong bersubsidi kepada tong tidak bersubsidi termasuk penguatkuasaan ke atas penggunaan oleh industry akan diteruskan.

“Sasaran kita pindaan ini dapat dimuktamadkan sebaik sahaja Op Gasak ini selesai pada 31 Oktober depan.

“Selain melihat kepada aktiviti decanting, keterisan penggunaan oleh industri, laporan daripada Op Gasak ini sendiri akan dijadikan asas bagaimana kita memastikan ada peruntukan undang undang yang bersesuaian terutama mereka yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat khususnya perniagaan jualan makanan dan minuman,” katanya.

Berita berkaitan
Kongres PKR ditunda ke Ogos, Saifuddin dan Dr Zaliha dilantik Naib Presiden
14 jam lalu· Politik
Kerajaan Perpaduan kekal kukuh walaupun BN dan PH bertanding berasingan: Fahmi
June 5, 2026· Politik
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
June 5, 2026· Isu semasa
Platform media sosial perlu patuh syarat had umur 16 tahun: Fahmi
June 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
14 jam lalu · Isu semasa
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
15 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
19 jam lalu · Isu semasa
DNAA Zahid: AG kemuka rayuan cabar permohonan Majlis Peguam
20 jam lalu · Isu semasa
RM50 juta disalur perkasa TVET 2.0: Anwar
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok