Kerajaan berjaya jimat RM800 juta sejak pelaksanaan BUDI95

December 21, 2025 · Isu semasa

Kerajaan berjaya menjimatkan RM800 juta sejak pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95) bermula 30 September lalu, hasil penyasaran subsidi petrol yang lebih berkesan, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata penjimatan itu dicapai apabila subsidi RON95 kini hanya dinikmati warganegara Malaysia, sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta kegiatan penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.

“Setiap hasil penjimatan ini dipulangkan semula kepada rakyat melalui STR dan SARA, selain digunakan untuk menaik taraf klinik dan hospital, membaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, isu penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan sejak lebih dua dekad lalu oleh kerajaan terdahulu, namun tiada langkah tuntas diambil sebelum ini.

Beliau menegaskan Kerajaan Madani memilih untuk melaksanakannya demi memastikan dana awam disalurkan secara adil dan tepat kepada golongan yang berhak.

“Keberanian politik diperlukan untuk melakukan pembaharuan besar, dan BUDI95 adalah langkah penting memastikan subsidi benar-benar sampai kepada rakyat,” katanya.

Di bawah program BUDI95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter.

Tanpa subsidi, harga bahan api itu adalah RM2.60 seliter.

Kerajaan sebelum ini menegaskan penjimatan hasil penyasaran subsidi akan terus digunakan bagi memperkukuh jaringan perlindungan sosial dan meningkatkan kualiti perkhidmatan asas, selari dengan matlamat meningkatkan kesejahteraan rakyat serta kelestarian kewangan negara.

Berita berkaitan
Anwar pilih kerjasama daripada pertembungan politik dalam PRN
5 jam lalu· Politik
Anwar pejuang reformasi sebenar: AMK Johor
15 jam lalu· Politik
RM50 juta disalur perkasa TVET 2.0: Anwar
19 jam lalu· Isu semasa
Rundingan kerjasama BN-PH di Negeri Sembilan masih terbuka: Zahid
June 5, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
13 jam lalu · Isu semasa
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
15 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
19 jam lalu · Isu semasa
DNAA Zahid: AG kemuka rayuan cabar permohonan Majlis Peguam
19 jam lalu · Isu semasa
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
June 5, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok