Kerajaan menanggung subsidi bahan api demi kepentingan rakyat.
Kerajaan memberi jaminan akan terus berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter di bawah program subsidi Budi Madani (Budi95), meskipun berdepan tekanan kewangan susulan ketidaktentuan global.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu penting bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan konflik di Asia Barat serta turun naik harga minyak dunia.
“Ada isu dibangkitkan sama ada harga RON95 boleh bertahan. Setakat ini kita berusaha untuk pertahankan harga ini,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Ampang.
Beliau mengakui langkah mengekalkan subsidi tersebut memberi tekanan kepada kewangan negara, namun menegaskan ia masih wajar diteruskan demi kebajikan rakyat.
“Walaupun dari segi kewangan sedikit membebankan kerajaan, saya fikir penting untuk kita kurangkan beban rakyat,” katanya.
Pada masa sama, beliau menekankan semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan kestabilan ekonomi negara, dengan kerajaan komited mengambil pendekatan yang tidak membebankan rakyat.
Mengulas isu diesel, Anwar berkata kerajaan akan meneruskan subsidi bersasar dan sedang meneliti kaedah membantu golongan yang terkesan akibat kenaikan harga bahan api itu.
Untuk rekokd, kenaikan harga diesel di Semenanjung menunjukkan lonjakan sehingga RM6.72 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April, walaupun harga minyak global menunjukkan penurunan.
Kementerian Kewangan Malaysia menjelaskan kenaikan itu berpunca daripada kaedah penetapan harga berdasarkan purata mingguan, bukan harga harian semasa.
Dalam perkembangan berkaitan bekalan tenaga, Anwar memaklumkan kebanyakan kapal Malaysia yang membawa minyak mentah telah berjaya melalui Selat Hormuz, laluan penting perdagangan minyak dunia.
“Alhamdulillah, bekalan minyak untuk April dan Mei nampaknya masih dalam keadaan baik,” katanya.
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
Dana Inovasi Media bantu industri hadapi era AI, lindungi pekerja
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum