Kerajaan jimat RM5 bilion setahun melalui subsidi diesel bersasar: MOF

October 23, 2025 · Isu semasa

Kerajaan berjaya menjimatkan kira-kira RM5 bilion setahun hasil pelaksanaan Program Budi Madani Diesel (Budi Diesel) yang menyasarkan pemberian subsidi diesel secara lebih berkesan.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), penjimatan besar ini telah mengurangkan tekanan fiskal negara dan membolehkan dana yang diperuntukkan disalurkan semula untuk program-program yang lebih produktif serta mengukuhkan jaringan keselamatan sosial rakyat.

“Antara langkah proaktif kerajaan adalah dengan menambah baik bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara),” jelas MOF menerusi satu jawapan bertulis di laman Parlimen.

Menerusi Belanjawan 2025, peruntukan untuk bantuan ini telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya, dan seterusnya kepada RM15 bilion melalui inisiatif Penghargaan Sara.

“Hasil penjimatan juga digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan yang dapat meningkatkan kapasiti produktif negara,” tambah kementerian itu.

Sehingga kini, lebih 140,000 penerima Budi Individu dan 180,000 penerima Budi Agri-Komoditi telah diluluskan, dengan jumlah bayaran sebanyak RM430 juta dan RM350 juta masing-masing.

Bagi sektor pengangkutan barangan, sejumlah 121,618 syarikat yang melibatkan 355,074 kenderaan telah diluluskan di bawah Program Budi MySubsidi Diesel.

Langkah ini membolehkan mereka mendapatkan diesel pada harga RM2.15 seliter, sekali gus menstabilkan kos operasi logistik dan mengekalkan harga barangan keperluan pada kadar berpatutan.

MOF berkata, inisiatif itu merupakan jawapan kepada pertanyaan mengenai keberkesanan penyasaran semula subsidi dalam mengurangkan ketirisan dan beban fiskal.

Selain diesel, inisiatif sama untuk petrol RON95, Budi Madani RON95 (Budi95), juga menunjukkan keberkesanan dengan lebih 12.4 juta rakyat menikmati harga bahan api tersebut pada RM1.99 seliter.

Sementara itu, bagi memastikan ketepatan sasaran, Pangkalan Data Utama (PADU) dimanfaatkan sebagai rujukan utama agensi kerajaan untuk pengesahan kelayakan.

Berita berkaitan
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
6 jam lalu· Isu semasa
Bantuan tunai RM100 SARA mula disalurkan Isnin depan
February 5, 2026· Isu semasa
SARA mungkin diperluas kepada makanan sejuk beku: Amir Hamzah
February 4, 2026· Isu semasa
Subsidi RON95 bersasar dijangka jimat perbelanjaan negara hingga RM4 bilion setahun
January 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
6 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
6 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
16 jam lalu · Isu semasa
Kedudukan CPI Malaysia meningkat, usaha lawan rasuah tunjuk hasil: Anwar
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok