Kerajaan lanjut pelepasan cukai TAR UMT, caruman LINDUNG 24 jam tidak lagi mandatori

July 8, 2026 · Isu semasa

Kerajaan melanjutkan kelulusan pelepasan cukai kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) selama 10 tahun, selain memutuskan caruman skim kemalangan bukan bencana kerja LINDUNG 24 Jam tidak lagi diwajibkan kepada pekerja.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, Kabinet meneliti peranan TAR UMT dalam menyediakan pendidikan tinggi swasta yang berkualiti pada kadar lebih berpatutan kepada pelajar.

“Perdana Menteri telah meluluskan pelanjutan tempoh kelulusan pelepasan cukai TAR UMT untuk tempoh 10 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, universiti itu masih perlu mematuhi syarat ditetapkan sepanjang tempoh kelulusan, termasuk mengemukakan penyata kewangan yang telah diaudit setiap tahun mengikut subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pelepasan cukai itu penting kepada institusi pendidikan seperti TAR UMT bagi membolehkan sumbangan dan dana kebajikan pendidikan terus disalurkan untuk membantu operasi, pembangunan kemudahan serta akses pelajar kepada pengajian tinggi.

Dalam perkembangan lain, Kabinet turut memutuskan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi skim LINDUNG 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dilaksanakan secara sukarela dan bukan mandatori.

Keputusan itu berkuat kuasa serta-merta selepas kerajaan mengambil kira maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan skim perlindungan kemalangan di luar waktu dan tempat kerja tersebut.

“Caruman itu tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela,” kata Fahmi.

Kementerian Sumber Manusia dijangka mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan skim berkenaan.

Pada mesyuarat sama, kerajaan mengarahkan Kementerian Pertahanan menghentikan serta-merta sebarang perolehan baharu peralatan atau kelengkapan pertahanan dari Norway.

Arahan itu dibuat susulan tindakan kerajaan Norway membatalkan lesen eksport peluru berpandu yang sepatutnya dipasang pada kapal Littoral Combat Ship (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Projek LCS sebelum ini menjadi perhatian susulan isu kelewatan pembinaan dan kos, manakala kapal berkenaan dianggap antara aset utama bagi memperkukuh keupayaan pertahanan maritim negara.

Kabinet juga mengekalkan had umur persaraan penjawat awam pada 60 tahun dan memutuskan tiada keperluan untuk menaikkan had berkenaan ketika ini.

“Had umur persaraan bagi penjawat awam kekal pada umur 60 tahun,” kata Fahmi.

Berita berkaitan
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
1 jam lalu· Isu semasa
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
1 jam lalu· Politik
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
12 jam lalu· Isu semasa
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
5 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
5 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
6 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
8 jam lalu · Isu semasa
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
7 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok