Kerajaan Madani perkukuh perlindungan sosial rakyat sepanjang 2025: PM

December 20, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Madani telah memperkukuh perlindungan sosial rakyat sepanjang 2025, dengan mempertingkatkan bantuan tunai ke tahap tertinggi dalam sejarah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memperluas sokongan untuk keluarga serta memastikan tindakan pantas dan bantuan segera digerakkan setiap kali bencana melanda.

“Semua ini menggambarkan tekad MADANI untuk memastikan setiap isi rumah dibela tanpa ada yang tercicir dan terpinggir,” katanya dalam catatan di Facebook.

Menerusi infografik yang disertakan dalam hantaran itu, antara bantuan disediakan Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini termasuk peruntukan RM13 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Selain itu, kerajaan juga menyediakan SARA sebanyak RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas menggunakan MyKad yang mula ditebus pada 31 Ogos sehingga 31 Dis.

Bagi bantuan banjir, kerajaan antaranya menyalurkan sebanyak RM1,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk setiap keluarga terjejas, RM10 juta BWI kepada Sabah dan RM50 juta BWI bagi Kelantan dan Terengganu. – Bernama

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
20 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
20 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
24 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
24 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
14 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
17 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
17 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok