Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi

August 19, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan untuk menjalankan kajian menyeluruh terhadap cadangan memperkenalkan sistem percukaian hybrid antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Anwar Ibrhahim memaklumkan keperluan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri, dengan Menteri Kewangan II diberikan masa untuk menyediakan laporan berhubung cadangan berkenaan.

Menurutnya, laporan itu akan dibawa semula untuk perbincangan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Perdana Menteri telah memaklumkan tentang keperluan Kementerian Kewangan, khususnya Menteri Kewangan II, melakukan kajian penuh mengenai cadangan sistem percukaian hybrid SST-GST.

“Menteri Kewangan II diberikan sedikit masa untuk menyediakan laporan dan membawanya semula kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Fahmi berkata cadangan berkenaan masih berada pada peringkat awal dan tidak boleh diputuskan secara tergesa-gesa kerana ia membabitkan pelbagai aspek termasuk pengalaman Malaysia melaksanakan GST sebelum ini serta isu yang timbul di bawah sistem SST.

“Ini masih di peringkat awal. Kementerian Kewangan diberikan masa memandangkan ia bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara terburu-buru,” katanya.

Beliau berkata kajian itu juga perlu mengambil kira pengajaran daripada pelaksanaan GST dan pengalaman semasa menggunakan SST sebelum sebarang cadangan dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

“Perkara-perkara ini akan dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan sebelum dibawa untuk dibincang dan diputuskan di Jemaah Menteri,” katanya.

Cadangan sistem hybrid SST-GST muncul ketika kerajaan terus menilai pendekatan terbaik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, termasuk usaha meningkatkan hasil kerajaan tanpa memberi tekanan berlebihan kepada rakyat dan sektor perniagaan.

GST sebelum ini diperkenalkan pada April 2015 sebelum dimansuhkan pada September 2018 dan digantikan dengan SST.

Kerajaan kini perlu menilai semula pengalaman kedua-dua sistem berkenaan bagi menentukan bentuk percukaian yang lebih sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

Berita berkaitan
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
1 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
15 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
16 jam lalu· Politik
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
1 jam lalu · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
2 jam lalu · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
3 jam lalu · Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok