Kerajaan naikkan had BUDI95 untuk pemandu e-hailing, teksi lapangan terbang

November 4, 2025 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju untuk menambah baik program BUDI Madani (BUDI95) dengan meningkatkan jumlah subsidi petrol RON95 untuk pemandu e-hailing yang layak sehingga 800 liter sebulan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan langkah ini diambil bagi mengurangkan beban kos operasi pemandu e-hailing yang merasakan bantuan sedia ada sebanyak 600 liter masih tidak mencukupi.

“Ada lagi rakan-rakan di e-hailing merasakan (jumlah berkenaan) belum mencukupi.

“Jadi sekarang, kita mengkaji kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada sehingga 800 liter sebulan,” jelas Anwar ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, yang ingin mengetahui perkembangan pelaksanaan program BUDI95.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk memasukkan teksi lapangan terbang ke dalam senarai kenderaan yang layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

Bagi membantu golongan nelayan, kerajaan juga telah memperluas kemudahan BUDI95 kepada mereka yang tidak memiliki lesen memandu.

Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

“Setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 24,000 pengguna bot berdaftar tanpa lesen memandu sudah diluluskan untuk menerima BUDI95,” ujar Perdana Menteri.

Secara keseluruhannya, program BUDI95 telah digunakan oleh 13.1 juta rakyat Malaysia dengan perbelanjaan mencecah RM2.66 bilion sepanjang bulan pertama pelaksanaannya dari 30 September hingga 31 Oktober lalu.

Berita berkaitan
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
6 jam lalu· Politik
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026· Isu semasa
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket menyamar pegawai AMLA
3 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
3 jam lalu · Isu semasa
Agong berangkat ke Russia untuk lawatan khas: Laporan
4 jam lalu · Isu semasa
SPRM sita aset RM9.7 juta dalam siasatan pelaburan RM300 juta
4 jam lalu · Isu semasa
Sultan Pahang tegur salah guna kuasa di sebalik baju seragam dan institusi
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok