Kerajaan PAS Kelantan percaya janji PMX berhubung isu royalti minyak

November 10, 2025 · Isu semasa

Kerajaan Kelantan menegaskan pendirian untuk tidak membawa isu tuntutan royalti petroleum ke mahkamah, sebaliknya kekal dengan pendekatan diplomasi berikutan jaminan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri Besar, Mohamed Fadzli Hassan, berkata kaedah perundangan telah dicuba sebelum ini, tetapi didapati mengambil masa yang terlalu lama dan membabitkan kos yang tinggi tanpa sebarang keputusan muktamad.

Beliau menekankan jaminan Perdana Menteri untuk mempertimbangkan tuntutan itu mengukuhkan lagi pendirian kerajaan negeri.

“Pendirian kita adalah cuba buat secara diplomasi. Secara mahkamah kita sudah cuba, bukan kita kalah tapi ia mengambil masa sangat lama,” katanya dipetik laporan media hari ini.

“Apabila PM kata akan pertimbangkan, kita pegang yang itulah. Kalau duduk di mahkamah, makan masa dan kos semakin tinggi tapi keputusan tiada, jadi mahkamah tu letak tepi dulu, kita buat secara perbincangan, itu lebih baik,” tambah Fadzli.

Beliau mengulas desakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang agar isu keabsahan Akta Wilayah Laut 2012 dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Fadzli turut menekankan perbezaan kritikal antara menerima wang ehsan dan menuntut royalti yang menjadi hak mutlak negeri.

“Kita ingin ubah dari perkataan wang ehsan kepada royalti kerana royalti adalah hak kita dan ada jumlah tertentu manakala ehsan pula hak orang dan terpulang berapa nilai yang ingin diberi,” jelasnya.

“Kita sebagai kerajaan negeri bekerja atas amanah rakyat dan royaltilah sebenarnya hak rakyat,” tegas Fadzli, sambil menyatakan penerimaan wang ehsan buat masa ini tidak memadani hak sebenar yang diperjuangkan untuk rakyat Kelantan.

Berita berkaitan
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
6 jam lalu· Politik
Ternakan babi dibenar jika jauh dari kawasan penduduk: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu patuh undang-undang: PMX
8 jam lalu· Isu semasa
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
February 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
3 jam lalu · Isu semasa
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
3 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok