Kerajaan sedia penuhi tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah: PMX

November 11, 2025 · Isu semasa

Kerajaan bersedia untuk mengurangkan peruntukan pembangunan bagi Sabah sebagai usaha memenuhi gesaan pemulangan hak 40 peratus hasil Persekutuan kepada Kota Kinabalu.

Namun, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata keputusan mengenainya perlu diteliti secara menyeluruh bagi mengelak pertelagahan antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah.

Ujarnya, Kerajaan Persekutuan secara prinsip bersetuju terhadap Perkara 112C dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, selain sudah mula berunding bagi menyelesaikan perkara berbangkit.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keseluruhan perkara berkenaan akan dibincangkan secara menyeluruh dalam Mesyuarat Khas Kabinet, petang ini.

“Ini akan dibincang dalam (mesyuarat) Jemaah Menteri. Apa dia hasil dari Sabah yang (bernilai) RM10 bilion. Kita perincikan dan apa dia RM17 bilion yang dibelanjakan kerana ada pihak di Sabah bertanyakan (perincian perbelanjaan).

“Baik, memang ada peruntukan yang memang syarat Kerajaan Persekutuan seperti pendidikan, kesihatan (dan) pertahanan, tetapi kita boleh kurangkan (peruntukan) pembangunan (untuk Sabah).

“Kalau isunya 40 peratus (hasil Persekutuan kepada Sabah), kita kurangkan (peruntukan) pembangunan dan tampung di (pemulangan hasil sebanyak) 40 peratus kepada negeri,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) mengenai status berhubung keputusan kehakiman berkaitan tuntutan kerajaan Sabah dan kesannya kepada perancangan Dasar Ekonomi MADANI secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak boleh membuat keputusan awal berhubung tuntutan berkenaan memandangkan terdapat proses tertentu yang perlu dipatuhi.

“Ada orang tanya mengapa tak boleh buat keputusan awal? Tak boleh. Kita ada proses (mengenai) mana-mana alasan penghakiman.

“Peguam Negara adalah penasihat kerajaan jadi kita kena dengar, kemudian Jemaah Menteri akan bincang dan putuskan.

“Saya sudah mengumumkan pandangan peribadi mengenai perkara ini di Tawau semalam, tetapi kita belum dengar pandangan Peguam Negara secara rasmi kerana alasan penghakiman hanya siap, pada Jumaat lalu.

“Jabatan Peguam Negara pada petang Jumaat lalu, memaklumkan akan menelitinya dan saya adakan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri petang ini untuk mendengar dulu pandangan Peguam Negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar menasihatkan semua pihak untuk tidak menuding jari susulan isu berkenaan, memandangkan semua kerajaan terdahulu terbabit dalam perihal berkenaan.

“Jangan (politikkan isu berkenaan), tidak mudah untuk jadi isu politik. Kerajaan terdahulu pun terbabit. Berapa orang yang pernah jadi menteri dan Perdana Menteri sebelum ini?

“Cuma saya fikir wajar diberi pertimbangan serius selepas saya diingatkan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Maka sekarang kita naikkan ke RM600 juta (dan jumlah ini) pun disebut interim kerana melihat pada peruntukan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
April 5, 2026· Politik
Anwar pertahan pendekatan diplomasi Malaysia dalam berdepan krisis Asia Barat
April 5, 2026· Isu semasa
PKR diingatkan kekal bersatu, elak perbalahan terbuka: Ramanan
April 5, 2026· Politik
Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perkukuh usaha hadapi krisis tenaga, lindungi rakyat: Fahmi
April 5, 2026 · Isu semasa
Iran dakwa tembak jatuh pesawat tentera AS di Isfahan
April 5, 2026 · Isu semasa
KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak
4 jam lalu · Isu semasa
PMX pertahan bantuan ke Gaza, tanda prihatin berterusan sesama umat Islam
19 jam lalu · Isu semasa
Pergerakan pasaran bursa dijangka kekal berhati-hati minggu depan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok