Kes CEO Batu: Fahmi kesal pempengaruh ambil kesempatan, gesa tindakan tegas

May 27, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi kini dalam proses meneliti beberapa langkah penting bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, termasuk pelaksanaan verifikasi atau pengesahan identiti pengguna.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyuarakan kebimbangan, berhubung insiden seorang pempengaruh media sosial yang didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

“Saya risau apa berlaku baru-baru ini, apabila seorang pempengaruh telah berhubung dengan kanak- kanak berusia 14 tahun dengan mesej lucah dan ini perkara yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.

“Saya sangat risau kerana anak kecil yang mungkin tidak tahu dan tidak faham penggunaan media sosial. Mereka memandang tinggi kepada pempengaruh, tapi seolah pempengaruh ini ada yang didakwa ambil kesempatan…ini perkara yang saya sangat kesali,” katanya kepada selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi hari ini.

Ujarnya lagi, langkah itu penting, bagi melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa kepada pemangsa seksual dalam talian.

Sebelum ini, dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pempengaruh media sosial yang didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada beberapa individu, termasuk remaja bawah umur.

Fahmi turut menasihatkan warga Kementerian Komunikasi untuk menyahaktifkan media sosial anak mereka yang berusia bawah 13 tahun, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku selain mengawal penggunaan aplikasi WhatsApp anak masing-masing.

Sementara itu ketika berucap pada majlis itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi telah memainkan peranan penting semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, terutama dalam memastikan capaian Internet dan liputan baik semasa persidangan berlangsung.

“Saya telah melihat sendiri usaha kita untuk memastikan capaian Internet termasuk 5G di International Media Center itu berada dalam keadaan yang sangat baik, walaupun ada media yang mengatakan masalah wifi dan itu bukan bawah jagaan kita, tetapi setelah mendengar kita terus membantu.

“Kita membantu dengan meminta pihak khusus menambah jumlah access point bagi memudahkan rakan-rakan media,” katanya.

Pada majlis itu, Fahmi turut merasmikan nama baharu bangunan Kementerian Komunikasi daripada Kompleks Kementerian Komunikasi kepada Menara Komunikasi sebagai simbol keterhubungan, kekuatan teknologi dan aspirasi bangsa menuju kemajuan dalam bidang komunikasi.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Berita berkaitan
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
10 jam lalu· Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
16 jam lalu· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
10 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF
16 jam lalu · Isu semasa
Misi Flotilla Gaza 2.0: 10 warga Malaysia disahkan terputus hubungan
16 jam lalu · Isu semasa
Wanita didakwa sebar berita palsu harga minyak: MCMC
16 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok