Kes mahkamah.
Seorang pelakon wanita yang dikenali menerusi drama bertemakan kepolisan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan dadah.
Pelakon berusia 40 tahun itu tiba kira-kira jam 8.49 pagi dengan berpakaian serba hitam serta memakai pelitup muka dengan diiringi empat pengawal peribadi ketika memasuki perkarangan mahkamah.
Difahamkan, wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam badan.
Kes itu susulan serbuan polis ke atas sebuah pusat hiburan tidak berlesen di ibu negara baru-baru ini. Pelakon berkenaan dilaporkan ditahan di salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain ketika operasi dijalankan.
Saringan awal mendapati dia positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin.
“Pelakon terbabit sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses siasatan awal selesai,” menurut sumber yang mengetahui perkembangan kes berkenaan.
Dalam serbuan sama, polis menahan 14 individu termasuk penjaga premis, tujuh lelaki dan enam wanita bagi membantu siasatan.
Pemeriksaan turut mendapati pengusaha pusat hiburan terbabit gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah.
Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Kes berkenaan menarik perhatian ramai memandangkan pelakon itu bukan sahaja aktif dalam drama televisyen, malah pernah menyertai sebuah program realiti nyanyian sebelum ini.
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum