Kes saman fitnah Sanusi: Saifuddin akan rayu keputusan

August 24, 2025 · Politik

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang memerintahkannya membayar ganti rugi berjumlah RM670,000 kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Saifuddin berkata menghormati terhadap keputusan mahkamah namun menegaskan terdapat asas undang-undang yang kukuh untuk membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

“Setelah meneliti keputusan tersebut bersama pasukan guaman, saya berpendirian bahawa terdapat asas yang kukuh untuk dirayu.

“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk segera memfailkan rayuan dan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan sementara menunggu proses rayuan selesai,” jelasnya.

Saifuddin mempertahankan kenyataannya yang menjadi asas tindakan mahkamah sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk menyuarakan isu-isu kepentingan awam.

“Segala kenyataan yang saya keluarkan adalah berasaskan tanggungjawab dalam menyuarakan isu kepentingan awam.

“Saya akan terus berpegang pada prinsip keterbukaan, integriti dan kebertanggungjawaban sebagai asas amalan demokrasi,” tegas beliau.

Keputusan mahkamah yang dikeluarkan sebelumnya oleh Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee mendapati Saifuddin bersalah memfitnah Sanusi dalam dua isu berbeza iaitu berkenaan dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik dan pengurusan dana RM1.6 bilion daripada Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (Marris).

Mahkamah memerintahkan Saifuddin membayar RM600,000 sebagai ganti rugi am dan RM70,000 untuk kos guaman.

Beliau juga diarahkan untuk menerbitkan permohonan maaf dalam dua akhbar utama dalam tempoh 14 hari serta dilarang mengulangi kenyataan berkenaan.

Saman fitnah ini asalnya difailkan oleh Sanusi pada 3 Ogos 2023 berikutan dua ucapan awam Saifuddin pada Julai 2023 yang didakwa mengandungi tuduhan serius terhadap Menteri Besar Kedah tersebut.

Berita berkaitan
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
11 jam lalu· Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
12 jam lalu· Politik
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
14 jam lalu· Politik
Isu campur tangan AS, PKR Setiawangsa buat laporan polis terhadap Hadi
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
5 jam lalu · Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
7 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
11 jam lalu · Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok