Kes sukuk lebuh raya: RM143 juta aset dirampas milik Tan Sri

June 4, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset bernilai RM143 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi bergelar Tan Sri yang terkait dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata sitaan itu membabitkan 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat (RM33 juta), kondominium mewah dan sebidang tanah (RM24.5 juta), serta sembilan unit kereta bernilai RM7.65 juta.

Tidak ketinggalan, 13 kereta yang masih belum diserahkan kepada pasukan siasatan.

Azam berkata SPRM turut menyita jam tangan mewah bernilai RM25 juta, tas tangan (RM3 juta), barang kemas serta berlian (RM6 juta), empat ekor kuda (RM400,000), minuman keras mewah (RM3 juta), aset luar negara yang dianggarkan bernilai lebih RM15 juta serta aktiviti perjudian yang dipercayai mencecah RM20 juta.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara 2016 hingga 2020 membabitkan dana sukuk yang diluluskan kira-kira RM1.35 bilion dan melibatkan penyelewengan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta serta RM416 juta, selain pinjaman fasiliti bank lain sebanyak RM50 juta.

“Projek lebuh raya bernilai RM1.67 bilion itu juga gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Siasatan turut menumpukan isu rasuah bernilai RM12 juta yang dibayar kepada pihak tertentu sebagai balasan membantu mengalirkan wang keluar dan dikembalikan semula kepada suspek,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Azam berkata hasil tuntutan dana yang diseleweng itu dipercayai turut digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Mengulas lanjut, dia berkata pihak yang terlibat dipercayai turut menggunakan golongan profesional seperti juruaudit, pakar kewangan, jurutera serta syarikat-syarikat yang bertindak sebagai penerima wang secara berlapis.

“Sehingga kini, SPRM belum mengambil keterangan Tan Sri terbabit kerana beliau masih dirawat di sebuah hospital swasta .

“Hari ini pegawai penyiasat akan mendapatkan pengesahan doktor berhubung status kesihatan beliau sebelum merakam keterangannya.

“Jumlah saksi juga masih kekal 45 orang dan sebahagian daripada mereka dipanggil semula untuk memberikan keterangan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Azam berkata pasukan siasatan sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah milik Tan Sri berkenaan di dalam dan luar negara, termasuk di London dan Switzerland.

Menurutnya, siasatan turut tertumpu kepada nilai sebenar minuman keras mewah dalam simpanan Tan Sri itu, dengan kemungkinan wang berkaitan telah dipindahkan ke akaun lain.

Katanya notis pengisytiharan harta telah diserahkan kepada Tan Sri terbabit serta pihak yang berkaitan. – Bernama

Berita berkaitan
Sultan Nazrin ingatkan pemimpin jangan sembunyi suara rakyat
5 jam lalu· Isu semasa
Pemimpin rasuah bukan wajar diagungkan: Anwar
November 14, 2026· Isu semasa
Mahfuz ingatkan pengundi Melaka jangan angkat Najib sebagai wira
November 13, 2026· Politik
Majlis Peguam bebas cabar isu tahanan rumah Najib: Azalina
November 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia mahu ASEAN serius tangani jerebu rentas sempadan
November 15, 2026 · Isu semasa
WhatsApp mungkin diwajibkan sahkan nombor telefon pengguna: Fahmi
November 15, 2026 · Isu semasa
OPR kekal 2.75 peratus, beri ruang perniagaan berkembang
5 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin: Semua banduan ada hak mohon pengampunan
21 jam lalu · Isu semasa
Anwar tunaikan hasrat murid SK Polis Depot
November 14, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026
[VIDEO] Tiada negara boleh hadapi cabaran digital sendirian – Fahmi
November 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok