Ketua Menteri hormati keputusan DAP keluar kerajaan Melaka

July 14, 2026 · Politik

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menghormati keputusan DAP menarik diri daripada kerajaan negeri susulan bantahan terhadap kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bukan eksekutif.

Menurutnya, keputusan itu adalah hak mutlak parti berkenaan dan beliau tidak berhasrat menghalang peletakan jawatan wakil DAP yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Apa juga keputusan yang dibuat oleh rakan-rakan DAP, termasuk jika mereka menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan ini dan mahu menarik diri daripada kerajaan, saya tidak boleh menghalang keputusan parti mereka,” katanya dipetik laporan media semasa sidang media hari ini.

Ab Rauf menjelaskan, penyertaan DAP dalam pentadbiran negeri sebelum ini lebih kepada menterjemahkan semangat persefahaman Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan bukannya membentuk kerajaan gabungan di Melaka.

“Saya mengambil pendekatan supaya semangat persefahaman yang ada di Putrajaya turut diterjemahkan di Melaka tanpa membentuk kerajaan bersama mana-mana parti. Kedudukan mereka lebih kepada melengkapkan semangat perpaduan itu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan hubungan antara kerajaan negeri dan DAP Melaka tidak pernah berasaskan sebarang perjanjian rasmi.

Terdahulu, DAP Melaka mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka menolak RUU Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri dengan majoriti 23 undi menyokong.

Pindaan itu membolehkan sehingga tujuh ADUN bukan eksekutif dilantik bagi menyertai persidangan Dewan Undangan Negeri tanpa melalui proses pilihan raya.

Susulan keputusan itu, empat wakil DAP melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri, iaitu Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Seah Shoo Chin, Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee, serta dua Timbalan Exco, Low Chee Leong dan Leng Chau Yen.

Ketua DAP Melaka, Khoo Poay Tiong sebelum ini menegaskan parti itu tidak dapat menerima pelaksanaan ADUN lantikan kerana menyifatkannya bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Berita berkaitan
Netizen ‘sekolahkan’ Asyraf Wajdi, dakwaan Loke jadi MB NS makan diri
18 jam lalu· Politik
Loke: Rakyat tentukan siapa ‘dibungkus’, berkempen jangan angkuh
20 jam lalu· Politik
Ramkarpal desak siasat Sanusi, kecam kenyataan sentuh kaum
21 jam lalu· Politik
Kerjasama BN-PN tunggu masa karam, masing-masing berebut nak jadi ‘abang besar’
July 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
7 jam lalu · Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
7 jam lalu · Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
7 jam lalu · Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
7 jam lalu · Politik
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
12 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok