Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mendakwa manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan baru-baru ini banyak meniru tawaran serta inisiatif yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan kerajaan negeri sepanjang dua penggal pentadbirannya.
Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata perkara itu membuktikan manifesto PH yang sebelum ini dipersoalkan pelbagai pihak akhirnya berjaya direalisasikan sehingga menjadi rujukan kepada lawan politik.
“Dulu masa kita melancarkan manifesto, mereka kata manifesto saya tidak boleh ditunaikan. Hari ini, sah dan terbukti manifesto yang saya laksanakan ‘copy-paste’ semula oleh BN,” katanya dipetik laporan media.
Beliau turut mempersoalkan sasaran pelaburan RM30 bilion yang dijanjikan BN bagi tempoh lima tahun akan datang kerana menganggap angka itu jauh lebih rendah berbanding prestasi pelaburan yang dicapai kerajaan negeri ketika ini.
Menurutnya, Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM19.1 bilion pada tahun lalu, manakala bagi separuh pertama tahun ini nilai pelaburan sudah hampir mencecah RM13 bilion.
“Yang menyedihkan manifesto itu ialah pelaburan RM30 bilion untuk lima tahun sedangkan mereka maklum pelaburan di negeri ini pada tahun lalu saja RM19.1 bilion dan separuh pertama tahun ini kita telah capai hampir RM13 bilion.
“Ini sudah menyamai dan melebihi apa yang mereka tawarkan untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
Mengulas dakwaan BN berhubung beberapa projek pembangunan yang tergendala di negeri itu, Aminuddin mengakui terdapat projek yang berdepan masalah, namun menegaskan situasi sama turut berlaku ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.
Beliau memberi contoh projek Hospital Rembau yang sering dijadikan isu oleh pembangkang, namun mengingatkan masih terdapat beberapa projek lain yang terbengkalai sebelum PH mengambil alih pentadbiran negeri.
“Saya katakan memang ada projek yang tergendala, mungkin mereka akan sebut hospital di Rembau.
“Namun kita ingat, dalam masa pemerintahan sebelum ini pun banyak projek tergendala yang tidak selesai.
“Kita tengok ada bangunan yang tergendala di bandar Seremban. Itu pada zaman siapa? Bukan zaman saya,” katanya.
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
PRN: Manifesto Bersatu untuk Negeri Sembilan, pertaruh 76 tawaran
Selepas Zahid minta jangan datang NS, Sanusi sedia saman pihak manipulasi kenyataan
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS