Kewangan Islam perlu bentuk generasi pemimpin beretika: Anwar

September 11, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menegaskan kewangan Islam mesti memainkan peranan utama bukan sahaja dalam memacu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) malah membentuk generasi pemimpin masa depan yang beretika dan berprinsip.

Ujar Perdana Menteri, kejayaan sistem kewangan Islam tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan saiz aset, tetapi melalui keupayaannya untuk mengubah kehidupan serta menjamin masa depan yang lebih mampan dan adil untuk semua.

“Insya-Allah, kita akan terus memperkukuh peranan kewangan Islam dalam memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan dan kita akan membentuk generasi pemimpin masa depan yang beretika,” katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis Global Islamic Finance (GIFA) Laureate hari ini, selepas menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025.

“Generasi beretika, bermakna generasi yang pemimpin percaya terhadap nilai, prinsip-prinsip etika yang akan membawa misi masa depan,” tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Anwar menegaskan anugerah tersebut bukan hanya untuknya secara peribadi, tetapi merupakan penghargaan untuk semua wira di sebalik tabir yang telah berkorban masa dan tenaga bagi memastikan sistem kewangan Islam terus berkembang dan relevan.

“Saya percaya penghargaan ini kepada mereka semua dan saya hanya satu wakil kecil menerima kepada semua penggerak yang berjasa berkhidmat jauh lebih handal dan bermakna daripada apa yang saya lakukan,” ujarnya lagi.

Di sebalik kejayaan ini, Anwar mengingatkan semua yang hadir termasuk isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mohd Na’im Mokhtar, tentang tanggungjawab besar untuk memastikan kewangan Islam benar-benar menepati kerangka Maqasid Shariah yang menekankan keadilan, keseimbangan, dan pemerataan peluang.

Beliau menekankan kewangan Islam tidak boleh lagi dilihat sebagai pilihan alternatif semata-mata, tetapi sebagai satu sistem yang lengkap, menyeluruh dan penuh harapan.

“Justeru, inilah masa untuk membuktikan bahawa kewangan Islam bukan sekadar alternatif, tetapi masa depan yang lebih adil dan terangkum untuk semua,” tegasnya.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
10 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
10 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
14 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
14 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
8 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
8 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok