Khaled ingatkan parti dalam kerajaan tak terima ahli UMNO keluar parti

June 22, 2025 · Politik

Parti dalam kerajaan perpaduan diingatkan agar menjaga hubungan dan keharmonian bersama dengan tidak membuat langkah yang boleh mencetuskan konflik sesama sendiri, kata Mohamed Khaled Nordin.

Naib Presiden UMNO itu berkata tidak sewajarnya apabila berada dalam satu kerajaan sesebuah parti itu mengambil ahli parti lain kerana ia akan memberi persepsi yang tidak baik terhadap hubungan antara parti.

“Inilah mesej sebenarnya yang hendak saya sampaikan, kalau parti lain tak terima maka tentunya perkara sebegini tidak akan terjadi.

“Jadi, yang lebih penting, kita berharap mana-mana parti yang menjadi rakan kita (Kerajaan Perpaduan), jangan terima mana-mana pihak yang hendak melompat (keluar parti),” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat hari ini.

Khaled bagaimanapun tidak menyebut mana-mana pemimpin yang dimaksudkannya keluar parti itu.

Ujarnya lagi, individu yang keluar parti itu sebenarnya mementingkan habuan dan jawatan semata-mata kerana sudah tidak mempunyai prinsip yang tetap.

“Kebiasaannya yang tak setia dan melompat adalah pemimpin itu sendiri, sungguh malang kerana dalam parti kita, masih ada lagi pemimpin melompat dan sebagainya.

“Saya percaya mereka yang bertukar haluan, lompat sana-sini bukan kerana perjuangan tetapi lebih kepada jawatan, habuan, pangkat dan kedudukan.

“Kita tahu, melalui kesetiaan ia boleh membantu parti kita buat keputusan berat dan ia boleh melahirkan ketumbukan sebagai sebuah perjuangan yang boleh menjayakan segala cabaran kita hadapi,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini sudah mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan dalam UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Tengku Zafrul berkata, beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO, sekali gus menamatkan penyertaannya dalam parti itu sejak tahun 1997.

Berita berkaitan
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
4 jam lalu· Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
8 jam lalu· Politik
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
10 jam lalu· Isu semasa
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026 · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
8 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
8 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
10 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok