Komuniti Sook didedah cara elak ancaman siber menerusi Karnival Internet Selamat

July 18, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus memperluaskan usaha meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian menerusi penganjuran Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat peringkat daerah Sook, Sabah pada Sabtu.

Program yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan itu disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

Menurut MCMC, penganjuran karnival tersebut bertujuan memastikan masyarakat, termasuk di kawasan pedalaman, memiliki pengetahuan dan kemahiran mencukupi bagi melindungi diri daripada pelbagai ancaman siber yang semakin meningkat.

“Masyarakat perlu mempunyai kemahiran mengenal pasti risiko dalam talian, melindungi diri daripada ancaman siber serta memanfaatkan teknologi digital dengan lebih yakin dan bertanggungjawab,” menurut kenyataan MCMC.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) serta beberapa agensi kerajaan lain.

Sepanjang karnival, peserta mengikuti pelbagai sesi penerangan berkaitan keselamatan internet, termasuk langkah mencegah penipuan dalam talian, perlindungan wanita dan kanak-kanak daripada jenayah seksual siber serta amalan e-dagang yang selamat.

Selain ceramah dan pameran, pelbagai aktiviti interaktif turut diadakan bagi memudahkan masyarakat memahami isu keselamatan siber dengan lebih dekat dan praktikal.

MCMC turut melantik Wira Internet Selamat dalam kalangan komuniti setempat sebagai ejen penyampai maklumat untuk menggalakkan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab di peringkat akar umbi.

Dalam program sama, Arthur turut melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sook bagi meninjau pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan kemahiran digital yang menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat, peningkatan kemahiran serta memperluaskan peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

MCMC menegaskan pihaknya akan terus memperkukuh literasi digital rakyat sebagai langkah membina masyarakat yang lebih berdaya tahan terhadap ancaman siber.

Usaha itu turut menyokong aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan dipercayai melalui gabungan pendidikan, kempen kesedaran awam serta pengukuhan kerangka kawal selia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MCMC giat melaksanakan Kempen Internet Selamat di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ancaman penipuan dalam talian, buli siber, eksploitasi seksual kanak-kanak serta kepentingan melindungi data peribadi, selaras dengan perkembangan pesat penggunaan teknologi digital dalam kehidupan harian.

Berita berkaitan
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
9 jam lalu· Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
10 jam lalu· Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
2 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
2 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
10 jam lalu · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok