Kontroversi pemindahan gajah: NRES sedia beri kerjasama dalam siasatan SPRM

June 23, 2026 · Isu semasa

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Menterinya, Arthur Joseph Kurup berkata kementerian mengambil maklum mengenai siasatan yang sedang dijalankan dan menegaskan komitmennya terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti serta pematuhan undang-undang dalam pengurusan hidupan liar negara.

Menurut beliau, NRES bersedia membantu pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat diselesaikan secara menyeluruh dan telus.

“NRES sedia memberikan kerjasama penuh dan menyeluruh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan ini berlangsung bagi memastikan proses siasatan dapat dilengkapkan secara menyeluruh dan telus,*” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan kementerian tidak akan berkompromi sekiranya siasatan mendapati wujud unsur salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan gajah berkenaan.

“NRES tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti berlaku sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur,” katanya.

Arthur berkata, pendirian tegas itu penting bagi memastikan integriti institusi kerajaan terus terpelihara selain menjaga reputasi Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.

Kontroversi membabitkan pemindahan tiga ekor gajah yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) tercetus selepas timbul dakwaan berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam urusan berkenaan.

Semalam, SPRM mengesahkan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Tindakan itu dibuat susulan laporan dan desakan pelbagai pihak supaya urusan pemindahan haiwan berkenaan diteliti secara menyeluruh.

Pada 18 Jun lalu, pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap proses pemindahan DAK.

Pertubuhan itu mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan berkenaan yang tidak disalurkan kepada kerajaan.

Malah, pertubuhan terbabit turut mengaitkan beberapa individu dengan transaksi yang dianggarkan bernilai RM53 juta.

Setakat ini, siasatan SPRM masih berjalan dan belum ada sebarang pihak didakwa berhubung kes berkenaan.

Berita berkaitan
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
12 jam lalu· Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
12 jam lalu· Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
15 jam lalu· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
4 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
4 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok