Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi

August 23, 2026 · Isu semasa

Isu kos sara hidup dijangka menjadi antara fokus utama Belanjawan 2027, dengan kerajaan turut mengambil kira keadaan geopolitik dunia serta perubahan harga minyak mentah.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil, berkata pendekatan itu penting bagi memastikan langkah yang dirangka kerajaan benar-benar memberi kesan kepada rakyat, selain mengambil kira faktor luaran yang boleh mempengaruhi ekonomi negara.

“Saya lihat secara keseluruhan bagi pihak kerajaan, fokus dalam Belanjawan 2027 termasuk memastikan isu kos sara hidup rakyat ditangani dengan lebih menyeluruh, mengambil kira keadaan geopolitik yang pada waktu ini belum selesai,” katanya selepas melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) X JAGO Tahun 2026 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Pasar Taman Seri Sentosa hari ini.

Menurut Fahmi, pergerakan harga minyak mentah dunia juga akan menjadi antara faktor yang dipertimbangkan dalam penyediaan belanjawan berkenaan.

“Perkiraan harga minyak mentah yang biasanya menjadi satu daripada kayu ukur, itu akan menjadi antara faktor yang akan diambil kira,” katanya.

Selain menangani tekanan kos sara hidup, Belanjawan 2027 turut dijangka memberi keutamaan kepada projek yang mampu menyelesaikan masalah rakyat dalam tempoh lebih singkat.

Kerajaan pada masa sama akan memberi perhatian kepada usaha menarik lebih banyak pelaburan domestik dan antarabangsa, selain memastikan agenda pembangunan selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Bagi Kementerian Komunikasi, Fahmi berkata antara keutamaan ialah memperluas dan melengkapkan capaian Internet, terutama di kawasan pedalaman yang masih berdepan kekangan infrastruktur digital.

Kementerian itu juga sedang meneliti isu kemampanan industri media serta penyediaan insentif bagi menarik lebih banyak acara dan produksi antarabangsa ke Malaysia.

Fahmi berkata insentif seperti Concerts and Events in Malaysia Incentive (CIME) dan Filming in Malaysia Incentive (FIMI) berpotensi membantu meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai lokasi penganjuran acara serta penggambaran antarabangsa.

“Mungkin beberapa insentif seperti CIME dan juga FIMI, dua-dua ini mampu menarik lebih banyak pelabur untuk datang ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata perkara itu kini dalam perbincangan di peringkat Kementerian Komunikasi dengan turut mengambil kira pandangan serta mesej diterima daripada Kementerian Kewangan.

Belanjawan 2027 dijangka menjadi instrumen penting kerajaan dalam mengimbangi keperluan rakyat dengan usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi, terutama ketika ketidaktentuan geopolitik global terus memberi kesan kepada harga komoditi dan aliran pelaburan.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
14 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
14 jam lalu· Politik
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
24 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
24 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026 · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
1 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok