KPM kaji semua cadangan cegah buli, termasuk letak pondok polis di sekolah

September 14, 2025 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji semua cadangan yang dikemukakan dalam sesi Townhall Anti-Buli kebangsaan, termasuk cadangan mewujudkan pondok polis di sekolah, sebagai langkah memerangi isu buli.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan semua pandangan itu sedang dikumpulkan bersama Kementerian Komunikasi serta Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) untuk diperhalusi sebelum diputuskan.

“Kita memang ambil kira semua pandangan. Proses ini sedang berjalan selari dengan audit keselamatan yang dijalankan di semua sekolah berasrama di seluruh negara,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Kongres Pra Universiti MADANI peringkat Negeri Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan hari ini.

Menurutnya, langkah segera sudah dilaksanakan oleh kementeriannya bagi menangani isu buli.

“Semua langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan juga tindakan tegas kepada jenayah buli ini dilakukan di bawah peraturan dan garis panduan yang telah pun kita ada,” tegasnya.

Sesi Townhall Anti-Buli yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) JPM telah diadakan di beberapa negeri bagi mendapatkan input daripada pelbagai pihak.

Mengenai kongres berkenaan, Fadhlina memuji inisiatif dan komitmen luar biasa pelajar Tingkatan Enam.

“Kementerian menyokong penuh penganjuran ini dan akan terus membantu pelaksanaannya di peringkat kebangsaan pada tahun hadapan.”

Sebanyak 12 usul telah diterima, dengan beberapa daripadanya diluluskan serta merta.

Berita berkaitan
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026· Isu semasa
AMK bidas Akmal: Jangan samakan lebihan KKDW dengan KPM, jangan pusing cerita
September 3, 2026· Politik
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Tudung Jalur Gemilang tak lengkap, polis buka siasatan
August 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
1 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok