Laporan letupan saluran gas Putra Heights dibentang pada Isnin: MB Selangor

June 28, 2025 · Isu semasa

Laporan hasil siasatan insiden letupan saluran gas Putra Heights, di Subang Jaya akan dibentangkan kepada umum Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Beliau berkata, laporan berkenaan telah disiapkan semalam mengikut jadual yang ditetapkan dan berdasarkan makluman diterima daripada jawatankuasa penyiasatan, ia telah sedia untuk dibentangkan pada hari berkenaan.

“Ia (laporan) telah sedia semalam, tetapi kita tidak boleh bentang kerana semalam cuti umum, jadi lebih baik ia dibuat pada Isnin ini.

“Kita akan buat secara umum, kita akan maklumkan nanti, selepas dah bentang kepada Kabinet kemudian kita akan beri (bentang) pula secara umum … kita ikut proses,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program majlis pelancaran Pembangunan Fasa Pertama Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan hasil siasatan teknikal insiden terbabit selesai pada 26 Jun mengikut jangkaan yang ditetapkan.

Insiden kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong. – Bernama

Berita berkaitan
Sultan Selangor tolak sebarang rancangan penternakan babi
February 10, 2026· Isu semasa
PKR bukan parti untuk yang merengek atau merungut: Anwar
February 7, 2026· Politik
Selangor tangguh projek ternak babi di Bukit Tagar: Amiruddin
January 26, 2026· Isu semasa
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
6 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
6 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
6 jam lalu · Isu semasa
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok