Lebih 11 juta rakyat nikmati harga minyak murah BUDI95

October 15, 2025 · Isu semasa

Seramai lebih 11 juta rakyat Malaysia sudah menikmati harga petrol RON95 subsidi pada kadar RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) setakat 13 Oktober lalu, menurut Kementerian Ekonomi.

Berdasarkan satu kenyataan bertulis di laman web Dewan Rakyat, kementerian itu mengesahkan sistem BUDI95 berjalan dengan lancar dan stabil.

Senarai penerima manfaat juga sentiasa dikemas kini berdasarkan data terkini bagi memastikan tiada rakyat yang layak tertinggal.

Program ini dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan untuk mensasarkan subsidi minyak secara lebih berkesan.

Langkah itu bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan dan pada masa yang sama memastikan bantuan terus sampai kepada golongan sasaran.

Menjawab kebimbangan mengenai isu jurang digital di Sabah dan Sarawak, kementerian menegaskan komitmennya untuk memastikan prinsip keadilan wilayah dilaksanakan.

“Kerajaan prihatin terhadap penduduk yang tidak memiliki e-dompet atau tinggal di kawasan dengan akses internet yang terhad,” menurut kenyataan tersebut.

“Beberapa kaedah pengesahan kelayakan dan pembayaran telah diperkenalkan termasuk pengesahan fizikal melalui terminal MyKad serta bayaran tunai di kaunter stesen minyak,” tambah kenyataan itu lagi.

Selain itu, kerajaan turut mengambil inisiatif proaktif untuk memenuhi keperluan unik di Sabah dan Sarawak.

Bagi mereka yang tidak memiliki lesen memandu tetapi menggunakan bot petrol sebagai pengangkutan utama, kerajaan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengenal pasti pengguna tersebut.

“Melalui kerjasama dengan kerajaan negeri, senarai pengguna bot dikenal pasti bagi memastikan mereka turut menerima kuota 300 liter sebulan,” jelas kenyataan itu.

Hasilnya, sejak awal Oktober 2025, lebih 23,000 pengguna bot tanpa lesen memandu dan nelayan telah diluluskan sebagai penerima BUDI95, sekaligus memastikan tiada yang ketinggalan dalam menikmati bantuan kerajaan ini.

Berita berkaitan
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026· Isu semasa
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
August 19, 2026· Isu semasa
Reformasi ekonomi tak popular, tapi perlu untuk masa depan: Amir Hamzah
August 18, 2026· Isu semasa
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
August 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
6 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
6 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
8 jam lalu · Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok