Lelaki dikehendaki SOSMA maut ditembak di stesen minyak: Polis Selangor

November 11, 2025 · Isu semasa

Polis Selangor mengesahkan seorang lelaki yang maut ditembak di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang pada 7 November lalu merupakan individu yang dikehendaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata siasatan mendapati suspek berusia 34 tahun itu mempunyai pelbagai rekod jenayah, termasuk satu berkaitan SOSMA.

“Setakat hasil semakan rekod menunjukkan mangsa dikehendaki bersabit SOSMA itu,” jelas beliau dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.

Menurut Shazeli, siasatan masih aktif dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat dari pelbagai aspek berikutan latar belakang mangsa yang kompleks.

“Justeru kita tidak boleh merumuskan kepada satu aspek sahaja. Kita juga sedang menentukan sama ada penglibatan mangsa dalam kumpulan haram atau gengster,” ujarnya.

Tambahnya, punca kematian mangsa disahkan berpunca daripada beberapa tembakan di bahagian dada dan perutnya.

“Setakat ini, tujuh keterangan telah diambil melibatkan isteri, ahli keluarga serta saksi kejadian,” katanya.

Jasad mangsa telah diserahkan kepada keluarga dan proses pengebumian telah selesai dilakukan pada 9 November lalu.

Kejadian yang berlaku pada jam 11.13 malam itu menyaksikan mangsa yang tidak bekerja ditembak beberapa kali oleh seorang penunggang motosikal.

Difahamkan, mangsa mempunyai lapan rekod jenayah sebelum ini selain dikehendaki di bawah SOSMA.

Berita berkaitan
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
1 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
October 24, 2026· Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
October 23, 2026· Isu semasa
DNAA Zahid: Cabaran Majlis Peguam ditangguh, tunggu rayuan
October 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026 · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
1 jam lalu · Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok