Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467

October 24, 2026 · Isu semasa

Hasrat seorang pekerja kedai serbaneka untuk memperoleh pendapatan sampingan bertukar mimpi ngeri apabila dia kerugian RM72,467 selepas diperdaya sindiket penipuan tawaran pekerjaan sambilan tidak wujud.

Lebih menyedihkan, wang yang lesap itu bukan sahaja hasil jualan barangan kemas miliknya, malah turut melibatkan wang pinjaman daripada rakan-rakan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 33 tahun itu pada mulanya menerima satu set pisau kelengkapan dapur yang dihantar ke rumahnya di Kampung Telok Tok Adis, di sini, pada 11 Oktober lalu.

Menurutnya, pada 18 Oktober lalu, seorang individu tidak dikenali menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai wakil sebuah platform dagangan dalam talian.

“Suspek mendakwa set pisau kelengkapan dapur itu merupakan hadiah cabutan bertuah sebelum meminta mangsa menekan pautan yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.

Azli berkata, selepas menekan pautan berkenaan, nombor telefon mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram yang kononnya menawarkan peluang pekerjaan sambilan.

Mangsa kemudian dijanjikan komisen sebanyak RM1,200 selepas menyelesaikan 30 tugasan yang diberikan.

Bagaimanapun, wanita itu diminta membuat pembayaran terlebih dahulu sebagai syarat untuk menerima komisen berkenaan.

“Begitupun, mangsa diminta membuat pembayaran sebagai syarat untuk menerima komisen terbabit,” katanya.

Mangsa yang teruja dengan tawaran pendapatan lumayan itu akhirnya terperdaya sehingga mengalami kerugian keseluruhan RM72,467.

Kes berkenaan sekali lagi mendedahkan taktik penipuan pekerjaan sambilan dalam talian yang menggunakan tawaran komisen tinggi bagi memperdaya orang ramai.

Berita berkaitan
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
October 24, 2026· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
19 jam lalu· Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
16 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
19 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
19 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok