Lelaki tunjuk kemaluan diburu polis di UiTM Dungun

April 26, 2026 · Isu semasa

Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar wanita berhampiran pintu utama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, semalam.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar tengah hari apabila mangsa tampil membuat laporan polis pada jam 12.30 tengah hari.

Menurut Pemangku Ketua Polis Dungun, Jumaidy Bah Chong Weh, suspek dipercayai menaiki sebuah motosikal sebelum berhenti di tepi jalan dan melakukan perbuatan lucah tersebut.

“Suspek dikatakan menaiki motosikal dan melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memaklumkan pihak polis telah mengesan satu rakaman video tular yang dipercayai berkait rapat dengan insiden berkenaan.

Video berdurasi kira-kira 12 saat itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian ‘overall’ memberhentikan motosikal di bahu jalan sebelum bertindak memegang dan memperlihatkan kemaluannya ke arah seorang wanita di seberang jalan.

Insiden ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya pelajar universiti yang sering melalui kawasan tersebut.

Lebih membimbangkan, selepas video itu tersebar luas di media sosial, beberapa individu lain turut tampil mendakwa mereka juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh lelaki yang sama di beberapa lokasi sekitar daerah Dungun.

“Gerakan mengesan dan menahan suspek sedang dijalankan. Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan,” tambah Jumaidy.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya berdepan situasi mencurigakan atau menjadi mangsa gangguan seksual.

Berita berkaitan
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026· Isu semasa
Bos J-Kom ambil pendekatan lebih agresif, cabar pengkritik berdebat
June 11, 2026· Politik
Seorang guru didakwa amang seksual dua murid, miliki bahan lucah
June 9, 2026· Isu semasa
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
June 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026 · Isu semasa
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok