MA63: Kerajaan setuju serah kuasa pengurusan buangan kepada Sarawak

November 6, 2026 · Isu semasa

Kerajaan MADANI bersetuju meluluskan pindaan perintah bagi memperkukuh kuasa perundangan Sarawak dalam bidang pengurusan alam sekitar, khususnya membabitkan pengurusan buangan terjadual.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini selepas menerima memorandum daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Beliau berkata, pindaan menerusi Perintah Negeri-Negeri Borneo (Kuasa-Kuasa Perundangan) (Pindaan) 2026 bagi Sarawak itu sudah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara dan akan diangkat untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, keputusan berkenaan merupakan langkah penting dalam memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya berkaitan penyerahan kuasa perundangan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

“Keputusan ini mencerminkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh pelaksanaan MA63, khususnya dalam memastikan pemberian kuasa perundangan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pindaan itu juga menjadi langkah penting sebelum penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) digantung di Sarawak bagi membolehkan fungsi pengurusan buangan terjadual diserahkan kepada kerajaan negeri.

Langkah berkenaan bertujuan memastikan proses penyerahan tanggungjawab berjalan lancar, selain mengelakkan pertindihan bidang kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

Fahmi berkata, pelaksanaan penyerahan kuasa perundangan itu akan dilakukan secara berperingkat, dengan pengurusan buangan terjadual menjadi fasa permulaan.

Inisiatif berkenaan turut menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan melaksanakan komitmen MA63 berkaitan pemberian kuasa perundangan Persekutuan dalam bidang alam sekitar kepada Sabah dan Sarawak.

Pelaksanaan MA63 terus menjadi antara agenda penting hubungan Persekutuan dan negeri, khususnya dalam memperkukuh autonomi pentadbiran serta memastikan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak terus diberikan perhatian.

Kerajaan MADANI menegaskan komitmen untuk menterjemahkan agenda MA63 melalui keputusan dan tindakan konkrit bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri serta membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua wilayah berkenaan.

Berita berkaitan
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
22 jam lalu· Politik
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Anwar kagum perhatian Xi terhadap MADANI, kerjasama peradaban Islam dan Konfusianisme
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok