Mahkamah Rayuan bebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan

June 25, 2025 · Politik

Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada semua pertuduhan kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada Bersatu.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu juga mengenepikan hukuman sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan ke atas Syed Saddiq yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Ahmad Zaidi Ibrahim, Azman Abdullah dan Noorin Badaruddin yang sebulat suara membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berkenaan.

Melalui penghakiman dibacakan Hakim Mahkamah Rayuan Noorin Badaruddin selama lebih sejam itu, menyatakan mahkamah itu mendapati pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah mengikut Seksyen 406 terhadap Syed Saddiq selaku perayu.

“Kami mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti dan fakta yang boleh dipercayai bagi menyokong pertuduhan di bawah Seksyen 403 (menyalahgunakan harta).

“Kami juga mendapati bahawa pertuduhan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram tidak dapat dikekalkan. Oleh itu, perayu dibebaskan dan dilepaskan daripada semua pertuduhan,” katanya.

Syed Saddiq sebelum ini membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman itu terhadapnya, selepas mendapati beliau gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan terbabit.

Mahkamah itu sebelum ini memerintahkan beliau itu dipenjara tiga tahun dan dikenakan satu sebatan, bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan menyalahgunakan harta untuk diri sendiri mengikut Seksyen 403 akta sama pula, Syed Saddiq diperintahkan dipenjara dua tahun dan dikenakan satu sebatan.

Sementara itu, bagi dua tuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, mahkamah memerintahkan beliau dipenjara dua tahun dan didenda RM5 juta bagi setiap pertuduhan.

Hakim bagaimanapun memerintahkan hukuman bagi dua kesalahan pengubahan wang haram berkenaan berjalan serentak.

Syed Saddiq diwakili Peguam Mohd Yusof Zainal Abiden dan Hisyam Teh Poh Teik manakala Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan bertindak bagi pihak Pendakwa Raya.

Berita berkaitan
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
14 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
4 jam lalu · Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok