Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati

September 21, 2026 · Politik

Tindakan mencabar kedudukan Raja Melayu bukan perkara kecil kerana ia menyentuh asas sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi sebahagian daripada struktur pemerintahan Malaysia.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, percubaan untuk menurunkan salah seorang daripada sembilan Raja Melayu daripada takhta akhirnya tidak berjaya, malah perkembangan terbaharu di Negeri Sembilan menunjukkan kesan daripada tindakan yang disifatkannya sebagai tergesa-gesa.

Menurut Ahli Parlimen Bangi itu lagi, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai perkara berkaitan Negeri Sembilan semata-mata kerana ia turut mempunyai implikasi terhadap prinsip Raja Berperlembagaan di peringkat negara.

“Menurunkan Raja Melayu dari singgahsana bukan perkara kecil. Bukan perkara picisan. Implikasinya besar. Kalaupun boleh dibuat, mesti ikut jalur hukumnya. Raja Melayu ada wewenang.

“Yang memegang jawatan eksekutif tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Sebab itu tindakan MMK Negeri Sembilan tempoh hari amat gopoh dan tidak cermat,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Syahredzan turut mendakwa pandangan undang-undang Pejabat Peguam Negara sebelum ini diketepikan dalam isu berkenaan, termasuk tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mewartakan proklamasi berkaitan.

“Malahan mereka menolak pandangan undang-undang Pejabat Peguam Negara, hingga SUK sendiri tidak mahu mewartakan proklamasi tersebut. Nah, sekarang terima padahnya,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan keputusan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Istana Negeri Sembilan, pembatalan itu dibuat selepas kesemua Exco terbabit didapati memungkiri sumpah jawatan mereka. Pelantikan mereka turut tertakluk kepada Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim berkata semua Exco sedia ada masih sah dan akan meneruskan tugas seperti biasa, selain menyatakan tiada keperluan mengemukakan senarai baharu.

Syahredzan berkata perkembangan itu perlu dilihat dalam konteks lebih luas, terutama berkaitan kedudukan institusi Raja dan prinsip Perlembagaan.

“Ini tentang mempertahankan asas-asas negara, termasuk sistem Raja Berperlembagaan. Rakyat Malaysia ada hak bersuara dalam hal ini, ada pihak yang kucar-kacirkan salah satu negeri dalam Malaysia,” katanya.

Perkembangan di Negeri Sembilan kini turut mencetuskan perbezaan pendirian antara Istana dan kerajaan negeri mengenai kedudukan barisan Exco, menjadikan isu itu antara perkembangan politik dan perlembagaan yang mendapat perhatian di peringkat nasional.

Berita berkaitan
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
September 21, 2026· Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
8 jam lalu· Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
11 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
September 21, 2026 · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
8 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
8 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
8 jam lalu · Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok