Malaysia diramal jadi negara tua menjelang 2048: Amir Hamzah

August 26, 2025 · Isu semasa

Malaysia dijangka mencapai status negara tua dalam tempoh 24 tahun lagi apabila peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas mencecah 14 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk, menurut Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.

Berdasarkan statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Julai 2025, beliau menyatakan Malaysia sebenarnya sudah menjadi negara menua (ageing nation) sejak 2021 apabila populasi warga emas mencecah tujuh peratus.

“Peningkatan jangka hayat dan kemerosotan kadar kesuburan menyebabkan jumlah penduduk muda (0-14 tahun) terus berkurang sementara penduduk tua (65 tahun ke atas) terus meningkat,” jelas Amir Hamzah pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH–Bayan Baru), beliau memaklumkan jumlah penduduk Malaysia diunjurkan meningkat daripada 34.2 juta pada 2025 kepada 36.4 juta (2030) dan 38.3 juta (2035).

Namun, kadar kesuburan diramal terus merosot daripada 1.67 anak bagi setiap wanita (2025) kepada 1.66 (2030) dan 1.6 (2035), jauh di bawah paras penggantian 2.1 yang dikekalkan sejak 2013.

Faktor tambahan termasuk penurunan kadar perkahwinan kasar daripada 6.6 perkahwinan per 1,000 penduduk (2022) kepada 5.7 (2023), yang memendekkan tempoh reproduktif dan menyumbang kepada pengurangan kelahiran.

Sebagai langkah proaktif, kerajaan telah membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 yang merangkumi perancangan menyeluruh dalam bidang ekonomi, pekerjaan, pendidikan, perlindungan sosial, kesihatan dan penjagaan jangka panjang.

Amir Hamzah menekankan pendekatan keseluruhan negara melalui kerjasama semua kementerian sedia ada, dengan fokus kepada empat strategi utama under RMK13: penjagaan jangka panjang, pasaran buruh, kestabilan fiskal dan pengukuhan simpanan persaraan.

Mengenai usaha meningkatkan kadar kelahiran, beliau mengakui ia memerlukan pendekatan pelbagai dimensi dan kerjasama semua pihak, sambil menambah isu ini akan dibincangkan dalam proses libat urus belanjawan akan datang.

Berita berkaitan
KDNK cecah 5.8 peratus, reformasi kerajaan pacu pertumbuhan ekonomi: PMX
July 17, 2026· Isu semasa
Malaysia bida kerusi Majlis Keselamatan PBB
July 13, 2026· Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
June 25, 2026· Isu semasa
Iran pelawa Malaysia teroka kerjasama bekalan minyak: Laporan
June 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
1 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
2 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
3 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
5 jam lalu · Isu semasa
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
3 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok