Malaysia gesa Thailand-Kemboja henti tindakan ketenteraan bermula malam ini: Laporan

December 13, 2025 · Isu semasa

Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, bermula 10 malam ini waktu Thailand-Kemboja (11 malam waktu Malaysia).

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata gesaan itu disampaikan menerusi perbualan telefon secara berasingan dengan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, susulan perbincangan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengambil kira ketegangan berterusan di sempadan kedua-dua negara berkenaan.

“Bagi menyokong usaha meredakan ketegangan dan meningkatkan ketelusan, Malaysia meminta penugasan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaafar untuk memantau situasi di lapangan.

“Misi ini akan turut disokong oleh pemantauan satelit yang disediakan oleh kerajaan AS, bermula pada waktu yang sama,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, dapatan pemantauan lapangan dan satelit itu akan dikumpulkan oleh AOT dan dibentangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung Selasa ini.

Beliau berkata, laporan berkenaan akan memberikan gambaran objektif mengenai situasi semasa, termasuk kedudukan kedua-dua pihak demi kepentingan akauntabiliti, pembinaan keyakinan serta pemeliharaan keamanan dan kestabilan serantau.

“Malaysia kekal fokus untuk bekerjasama rapat dengan rakan-rakan ASEAN dan komuniti antarabangsa bagi memastikan dialog, sikap bertenang dan diplomasi terus menjadi landasan utama (dalam menangani sebarang ketegangan serantau),” kata Anwar. – Bernama

Berita berkaitan
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
5 jam lalu· Isu semasa
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
5 jam lalu· Politik
Kerajaan fokus stabilkan ekonomi, bendung tekanan kos sara hidup: Akmal Nasrullah
March 12, 2026· Isu semasa
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
5 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
5 jam lalu · Isu semasa
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
5 jam lalu · Isu semasa
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan kaji semula kerja dari rumah bagi penjawat awam, langkah berjimat
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok