Malaysia hantar SMART bantu mangsa bencana di Nepal: PMX

August 30, 2026 · Isu semasa

Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir besar serta tanah runtuh yang melanda negara itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat Kerajaan MADANI sebagai tanda solidariti Malaysia terhadap rakyat Nepal yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), akan menyelaras gerakan pasukan SMART bersama kerajaan Nepal.

“Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Selain bantuan operasi SAR, Malaysia turut akan menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta (RM4.01 juta) kepada Nepal bagi membantu mangsa bencana dan menyokong usaha pemulihan pascabencana.

Anwar berkata, bantuan itu mencerminkan keprihatinan Malaysia terhadap keadaan rakyat Nepal yang kini berdepan kesan besar akibat banjir dan tanah runtuh.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Luar sebelum ini memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di Daerah Rasuwa pada 26 Ogos lalu.

Bencana berkenaan turut menjejaskan kawasan sepanjang sempadan Nepal-Tibet dan mencetuskan operasi SAR berskala besar oleh pihak berkuasa tempatan.

Laporan media antarabangsa menyebut sekurang-kurangnya 675 orang terkorban setakat ini, dengan usaha mencari mangsa serta membantu penduduk terjejas masih diteruskan.

Penghantaran SMART dijangka membantu memperkukuh usaha SAR, khususnya dalam mengesan mangsa di kawasan yang terputus hubungan serta memastikan rakyat Malaysia yang terjejas mendapat bantuan sewajarnya.

Berita berkaitan
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
16 jam lalu· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
21 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: STR, SARA RM16 bilion kekalkan kuasa beli rakyat
21 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
11 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok