Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke

July 22, 2026 · Politik

Kerajaan menegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang desakan atau tekanan daripada lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) yang mahu Washington menyemak semula hubungan dengan negara ini susulan pendirian Malaysia terhadap rakyat Israel.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dan kerajaan kekal dengan pendirian mempertahankan kedaulatan negara tanpa dipengaruhi tekanan mana-mana pihak.

Menurutnya, setiap keputusan yang dibuat kerajaan berpandukan kepentingan negara dan rakyat, bukannya memenuhi kehendak negara luar.

“Jemaah Menteri sudah dimaklumkan dan kita kekal dengan pendirian. Kita tidak perlu patuh kepada desakan negara luar.

“Keputusan yang dibuat bukan disebabkan desakan mana-mana pihak, sebaliknya berasaskan kepentingan negara dan rakyat,” katanya ketika ditemui pada program santai bersama penduduk di Kampung Chennah hari ini.

Loke berkata, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia berhak menentukan dasar serta pendiriannya sendiri tanpa campur tangan pihak luar.

Beliau turut mempertahankan tindakan tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang mengumumkan hasrat mengusir rakyat Israel yang berada di Malaysia.

Katanya, langkah itu mencerminkan ketegasan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara serta pendirian Malaysia terhadap isu melibatkan Israel.

“Keputusan Perdana Menteri itu menunjukkan ketegasan dan keberanian kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Semalam, lapan Ahli Kongres AS dilaporkan menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pendirian kerajaan Malaysia berhubung rakyat Israel.

Mereka turut melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri yang mahu rakyat Israel di Malaysia diusir segera.

Berita berkaitan
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu· Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026· Politik
DAP kekal, Ibrahim Ali dakwa PAS kecewa tak dapat masuk jadi kerajaan
August 17, 2026· Politik
Kon Yeow minta Rafizi hormati keputusan DAP
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok